Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMelaka

Guru Kaunselor Perintis Usaha Kerajaan Lahirkan Modal Insan

By 29 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Sharifah Ithnin (Melaka Tengah)

MELAKA, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Program Guru-guru Kaunselor Sekolah Menengah Negeri Melaka bersama Ketua Menteri Melaka telah berlangsung di Auditorium Seri Negeri Ayer Keroh.

Pengisian program ini dipenuhi dengan pelbagai sesi taklimat yang berinformasi daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Institut Pengajian Tinggi (IPT) di bawah Kerajaan Negeri Melaka, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) serta sesi dialog bersama Majlis Guru Kaunseling. Selain itu, terdapat juga pameran oleh agensi penajaan dan pembiayaan pendidikan untuk pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM sepanjang program ini berlangsung.

Program Anjuran Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Melaka ini telah menghimpunkan lebih daripada 150 orang pengetua dan guru-guru Kaunselor seluruh Negeri Melaka. Antara IPT yang terlibat menjayakan program ini adalah Kolej Universiti Islam Melaka, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka dan Kolej Sains Dan Teknologi Melaka(MiCOST). Program ini juga merupakan program yang julung kalinya diadakan di Negeri ini.

“Selain ibu bapa, guru kaunselor merupakan individu yang paling dekat dan menjadi rujukan para pelajar.  Malah, saya dimaklumkan pada masa ini, pihak sekolah turut menyediakan Ujian Psikometrik bagi mengenal pasti minat dan kecenderungan pelajar dalam sesuatu bidang. Keputusan ujian ini dapat membantu guru kaunselor dan pelajar untuk memilih bidang pengajian yang bersesuaian,” ujar Adly Zahari.

Turut hadir pada Majlis ini EXCO Pendidikan, Modal Insan, Sains Dan Inovasi Negeri Melaka, Nor Affendi Ahmad. Selain itu, turut diadakan juga sesi dialog bersama Ketua Menteri Melaka.

 

-KN

Tinggalkan komen anda