Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Rancang Perjalanan Elak Kemalangan

By 29 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Noor Azian Saad (Kota Setar)

ALOR SETAR, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Pembangunan Insan Negeri Kedah, Azman Nasrudin menggesa pemandu yang ingin pulang ke kampung semasa bulan perayaan ini untuk merancang perjalanan dengan sebaik-baiknya.

“Pada tahun ini kita masih mengekalkan tema kempen yang sama iaitu ‘Pandu Cermat Sampai Selamat’ kerana ingin memberikan kesedaran kepada pengguna agar dapat mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

“Kepada pengguna jalan raya dan lebuh raya disarankan agar dapat meletakkan kesabaran yang tinggi, bertimbang rasa dan menghormati pengguna jalan raya yang lain semasa memandu,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran OPS Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Kedah bertempat di Plaza Tol PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Alor Setar (Selatan) pagi tadi.

Azman yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri Kedah turut menasihatkan pengguna agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya yang ditetapkan.

“Adalah menjadi keperluan agar pengguna sentiasa memakai tali pinggang keledar walaupun pada jarak perjalanan yang dekat, mematuhi lampu isyarat, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu, mematuhi had laju yang ditetapkan dan memasang kon di atas jalan jika kenderaan mengalami kerosakan.

“Apa yang penting adalah perlunya perubahan sikap pengguna agar kadar kemalangan dapat dikurangkan,” katanya lagi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman Teh Swee Leong, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Chan Pei Hong, Pengurus Seksyen N1 & N2 Plus Berhad Tan Mee Tian dan Ketua Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Kedah Supt Chuah Seong Lim.

-SH

Tinggalkan komen anda