Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala Lumpur

Ibu Bapa Perlu Semak Latar Belakang Pengasuh – Dr Wan Azizah

By 14 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan ibu bapa untuk membuat semakan latar belakang penjaga anak terlebih dahulu bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini.

Merujuk kepada kes bayi lelaki sembilan bulan yang didera di Sibu sehingga menyebabkan kematian, Dr Wan Azizah menzahirkan rasa dukacita atas insiden itu.

“I know on some circumstances you can’t really choose but then you have to be more selective of who you send your child to,” she said. (“Saya faham dalam beberapa keadaan anda tidak boleh begitu memilih tetapi anda boleh lebih berhati-hati kepada siapa anda hantarkan anak untuk dijaga,” katanya.

Program bagi membolehkan ibu bapa semak latar belakang pengasuh yang akan dilancarkan Mac ini boleh membantu mengurangkan insiden seumpama itu, katanya selepas melancarkan Program Hentikan Halangan Untuk Melakukan Skrin Serviks (R.O.S.E) di sini.

Semalam, Aariz Harraz Zahin Azman yang kritikal selepas dipercayai didera pengasuhnya di Taman Permai, Sibu meninggal dunia di Hospital Sibu.

Mengenai cadangan Wanita PKR untuk mewujudkan kuota 30 peratus kerusi kepada calon wanita, Dr Wan Azizah berkata perkara itu belum dikemukakan lagi.

“They have not presented it yet, we just have to listen to them when they present it,” (“Mereka belum lagi kemukakannya, kita hanya perlu dengar dengan apa yang akan mereka bentangkannya nanti,”) katanya yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat PKR.

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin semalam mencadangkan perubahan sistem pilihan raya negara yang antaranya mewujudkan kuota 30 peratus kerusi diperuntukkan kepada calon wanita.

Zuraida berkata cadangan itu termasuk dalam reformasi pilihan raya yang dicadangkan oleh Wanita PKR – BERNAMA

Tinggalkan komen anda