Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kerajaan Komited Tingkat Tahap Keselamatan Sabah

By 22 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/ foto: Sahiman Rahman/ Johnny Kimlon (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan komited dalam menambah baik dan mempertingkat tahap keselamatan di Sabah.

Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong berkata, kerajaan negeri dan persekutuan berkerjasama erat dalam mencapai matlamat ini.

“Masih ada ruang untuk menambah baik Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) seperti dari segi penambahan kekuatan anggota bagi menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran semasa.

“Kita tidak hanya mementingkan isu keselamatan dalam negeri malah kebarangkalian ancaman dari luar,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, baru-baru ini.

Tambah beliau, kerjasama di peringkat global juga perlu khususnya dari negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan juga Singapura bagi menghadapi pelbagai ancaman keselamatan di negara ini, khasnya di Sabah.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan akan mengadakan lawatan pertahanan bersama ketua menteri dalam masa terdekat.

EM

Tinggalkan komen anda