Skip to main content
HomeSabah

SEDCO Serah RM200 ribu Zakat Perniagaan

By 22 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: Norliza Yusof/Mohammad Shahvian Razali (Kota Kinabalu)

Kota Kinabalu, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menyerahkan zakat perniagaan 2018 sebanyak RM200 ribu kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini, baru-baru ini.

Replika cek “Haul Zakat Perniagaan SEDCO 2018” diserahkan oleh Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Azrul Ahmad kepada Pengerusi MUIS, Datuk Seri Dr Hasbullah Mohd Taha.

Pada majlis tersebut, Hasbullah menasihati kepada mereka yang hadir supaya menunaikan zakat bagi membantu golongan yang kurang kemampuan selain sebagai ibadah mematuhi perintah Allah swt supaya mendapatkan rahmat dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Hadir sama pada majlis adalah Pengerusi Kumpulan SEDCO, Pg Mohamad Yusof Pg Abd Razak; Pengurus Kewangan SEDCO, Ahmid Idris; Pengurus Seksyen Perhubungan Awam, Arnahal Yusof dan Penolong Pegawai Tadbir Seksyen Perhubungan Awam, Fitrinah Bahrin.

EM

Tinggalkan komen anda