Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Kerajaan Tidak Akan Berganjak Mengenai Larangan Merokok

By 10 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan tidak akan berganjak mengenai larangan merokok di semua restoran dan premis makanan meskipun mendapat tentangan dan kritikan daripada golongan perokok tegar, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau menegaskan larangan itu akan dikuatkuasakan dengan lebih baik untuk menjamin kesihatan golongan bukan perokok, khususnya warga tua dan anak kecil yang sering terdedah dengan kesan sampingan.

“Sudah pasti kita tidak akan berganjak dengan larangan ini. Kita akan mendepani tentangan-tentangan ini dan kita tahu ada semakan kehakiman berhubung ini.

“Tetapi kita juga mendapat penglibatan dari pihak Peguam Negara dan pakar undang-undang untuk membantu kita di kementerian dalam mempertahankan serta menjamin kita tidak berganjak atau menarik balik daripada ini,” katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Sejak larangan itu berkuatkuasa pada 1 Januari lepas, Dzulkefly berkata, sebanyak 13,724 amaran bertulis dikeluarkan dan 75, 280 nasihat diberikan kepada individu sehingga semalam. – Bernama

Tinggalkan komen anda