Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

KIBW Bakal Catat Malaysia Book of Records

By 30 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto : Rose Rasidi (Alor Setar)

ALOR SETAR, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Jangkaan sebanyak 100,000 penyertaan
motosikal daripada kelab-kelab permotoran di utara tanah air merangkumi Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak (utara) akan memeriahkan program Kedah International Bike Week (KIBW) yang bakal berlangsung pada 22 hingga 24 Mac nanti di sini.

Program jelajah secara konvoi “Road to Kedah International Bike Week 2019” akan diadakan bagi mempromosikan program ini yang mana ia melibatkan penyertaan 100 penunggang motosikal menjelajah ke seluruh Malaysia pada 6 hingga 10 Februari bermula di negeri Kelantan, seterusnya ke Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Perak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Usahawan Mohd. Asmirul Anuar Aris, program ini merupakan agenda pembuka kalendar aktiviti negeri Kedah bagi tahun ini, juga sebagai sasaran untuk menarik pelancong tempatan dan luar negara.

Asmirul (duduk) dan penganjur program bersama-sama unit motosikal yang akan diberikan dalam cabutan bertuah.

Asmirul (duduk) dan penganjur program bersama-sama unit motosikal yang akan diberikan dalam cabutan bertuah.

“Kerajaan negeri bersama-sama Tourism Malaysia memberi sokongan penuh kepada program ini yang mana kami menjangkakan sasaran melebihi 200,000 pengunjung.

“Malah acara sukan bermotor yang julung-julung kali diadakan di bandaraya Alor Setar ini akan direkodkan di dalam Malaysia Book of Records sebagai penyertaan tertinggi motosikal sebanyak 100,000 unit,” ujarnya semasa sesi sidang media, di sini semalam.

Asmirul turut berharap melalui program ini ianya dapat menarik pelancong luar iaitu penunggang dari Thailand dan Singapura untuk turut sama terlibat dalam acara ini.

“Program ini dibuka kepada orang ramai dan pelbagai aktiviti akan diadakan kepada pengunjung yang hadir. Malah, beberapa unit motosikal akan diberikan dalam acara cabutan bertuah serta pelbagai lagi hadiah menarik disediakan,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda