Skip to main content
HomePutrajaya

Transisi 108 Tahun JAPEN

By 29 Januari 2019Februari 1st, 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/ foto: Eparizan Mansor/ Siti Aisah Muharom (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Penghargaan yang tinggi sewajarnya diberikan terhadap pengorbanan terdahulu kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) sehingga mencapai tahap sedia ada ini, demikian ucaptama Ketua Pengarah JAPEN, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman dalam Majlis Perhimpunan JAPEN, di sini hari ini.

Ucapan pembuka tirai 2019, mengimbas kembali hala tuju atau destinasi JAPEN yang sehingga kini bukanlah satu jangka masa singkat malahan telah mencecah 108 tahun sejak ditubuhkan pada tahun 1910 yang beroperasi di Malaya House, Trafalgar Square, London pada masa itu.

“Kita telah melalui proses yang panjang sehingga ke hari ini. Matlamat kita dan kewujudan kita sebelum merdeka adalah penting. Berkorban masa siang dan malam, berbekalkan peralatan, laluan dan ilmu yang terhad serta situasi yang menyukarkan tetapi kita telah berjaya melalui proses ini.

“Sekitar tujuh bulan kebelakangan ini, proses baharu telah dilalui dan kita tidak boleh mengambil masa yang panjang untuk mengadaptasikan perkara tersebut dengan kerajaan baharu. Kita kena bekerja dan berkhidmat dengan kerajaan sekarang dan perlulah memberi kesetiaan sepenuhnya bagi meneruskan kesinambungan sedia ada,” katanya.

Ibrahim (lima dari kanan) diiringi timbalannya, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid (keempat dari kanan) dan Roselindawati Abdul Rahman (keenam dari kanan) bergambar kenangan bersama penerima anugerah cemerlang kakitangan JAPEN

Ibrahim (lima dari kanan) diiringi timbalannya, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid (keempat dari kanan) dan Roselindawati Abdul Rahman (keenam dari kanan) bergambar kenangan bersama penerima anugerah cemerlang kakitangan JAPEN

Enam inisiatif kerajaan seperti yang disebut oleh Ketua Setiausaha Negara juga dilaksanakan antaranya pembaharuan berterusan iaitu memberi tambah nilai cara kerja untuk berubah dan juga perkhidmatan mesra rakyat.

Proses berterusan ini memainkan peranan utama sebagai pelaksana bagi memudah cara pentadbiran kerajaan semasa.

Dalam pada itu, Ibrahim juga menyentuh Pelan Strategik Komunikasi 2019-2023 yang diperkenalkan oleh kementerian sebagai rangka kerja jabatan ini bagi tempoh lima tahun.

Pelan strategik ini adalah imperatif bagi memastikan gerak kerja JAPEN sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia agar dapat dilaksanakan mengikut perancangan berasaskan visi, misi dan objektif yang digariskan oleh dasar-dasar terkini kerajaan.

Tinggalkan komen anda