Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurPutrajaya

Larangan Merokok: 1,453 Amaran Bertulis Dikeluarkan Setakat Ini

By 3 Januari 2019Mei 7th, 2019Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 3 Jan (Malaysiaaktif) РSebanyak 1,453 amaran bertulis dikeluarkan dan 3,879 nasihat diberikan kepada individu sehingga 12 tengah hari, hari kedua penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan yang bermula tahun ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata seramai 611 anggota penguatkuasaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melawat 2,786 tempat makan termasuk yang beroperasi 24 jam  sehingga tempoh itu.

¬† ‚ÄúAnggota penguatkuasa KKM sudah diingatkan supaya tidak mengeluarkan kompaun dalam tempoh enam bulan penguatkuasaan pendidikan larangan tersebut¬† dan¬†hanya¬†boleh¬†memberikan amaran bertulis sahaja,‚ÄĚ katanya¬†pada¬†sidang¬†media di kementeriannya di sini¬†hari¬†ini.

Larangan merokok di tempat makan bermula semalam, di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018. Selepas tempoh penguatkuasaan pendidikan selama enam bulan, mana-mana individu yang melakukan kesalahan merokok di tempat larangan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

 Dr Dzulkefly berkata sebahagian besar mereka yang menerima notis amaran bertulis dan nasihat mendakwa mereka tidak menyedari  larangan merokok di tempat makan yang sudah berkuat kuasa.

 Menurutnya, sehingga tengah hari hari ini, sebanyak 7,451 edaran risalah telah diberikan dan 28 panggilan telefon diterima KKM berkaitan isu larangan merokok di tempat makan.

 Dr Dzulkefly berpuas hati terhadap sokongan dan momentum positif yang ditunjukkan masyarakat mahupun pertubuhan bukan kerajaan terhadap larangan berkenaan yang bertujuan memastikan tempat-tempat makan di negara ini bebas asap rokok.

¬† ‚ÄúPerokok bukan tidak dibenarkan merokok sama sekali namun mereka dilarang menyebarkan bahaya asap rokok kepada orang lain. Jadi mereka perlu merokok jauh dari orang ramai,‚ÄĚ katanya, yang turut¬†berkongsi¬†kegembiraan melihat¬†¬†gambar-gambar yang menunjukkan perokok¬†mengasingkan diri pada jarak tiga meter yang dikongsi di platform media sosial.-BERNAMA

Tinggalkan komen anda