Skip to main content
HomeSabah

Murid Warganegara Tanpa Dokumen Boleh Bersekolah

By 11 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Asmidar Zainol/ Jeffren Malaning(Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Murid warganegara tanpa dokumen boleh diterima masuk meneruskan pelajaran di sekolah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Mistrine Radin berkata, ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut boleh memohon dengan mengisi borang Murid Warganegara Tanpa Dokumen (MWTD) di setiap Jabatan Pendidikan Daerah masing-masing.

“Borang berkenaan perlulah disahkan oleh Ketua Kampung di tempat pemohon tinggal yang boleh mengesahkan bahawa anak itu adalah anak kepada warganegara berkenaan.

IMG-20190110-WA0024

“Sekiranya ibu bapa menghadapi masalah untuk menyekolahkan anak yang warganegara tanpa dokumen, mereka boleh datang berjumpa dengan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) di Pejabat Pendidikan Daerah berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

“Yang paling penting, ibu bapa atau penjaga perlu mengisi borang MWTD sebagai dokumentasi anak tersebut bersekolah,” katanya kepada pemberita.

Mistrine juga berkata, pihaknya akan mengadakan program jangkauan ke setiap daerah bagi memberi pendedahan dan taklimat kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Hj Mahiruddin di Istana Negeri, pagi tadi.

 

EM

Tinggalkan komen anda