Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Teluk Darvel Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Perlindungan Marin

By 16 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto:Municca Kiat(Lahad Datu)

LAHAD DATU, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar kini dalam perancangan untuk mewartakan perairan Teluk Darvel sebagai kawasan perlindungan marin dan destinasi pelancongan penyelidikan.

Pembantu Menteri, Assaffal P. Alian, berkata maklumat yang cukup sedang dikumpul daripada pelbagai bidang penyelidikan untuk membantu usaha kerajaan dalam mewartakan kawasan tersebut.

“Penyelidikan ini membantu pihak kerajaan untuk melindungi hidupan marin yang kian terancam dikawasan perairan timur Sabah khususnya dikawasan Teluk Darvel.

Assafal sedang mendengar taklimat hasil dapatan daripada penyelidik

Assafal sedang mendengar taklimat hasil dapatan daripada penyelidik

“Selain melindungi hidupan didasar lautan, Silam Coast Conservation Area Lahad Datu juga sesuai dijadikan kawasan daya tarikan pelancong .

“Ini kerana keindahan pemandangan dan mempunyai pantai yang cantik mampu menarik pelancong dan penyelidik bukan sahaja dikawasan Lahad Datu, malah pelancong dari luar negara juga akan melawat kawasan tersebut,”katanya ketika ditemui dalam Majlis Penutupan Ekspedisi Saintifik Darvel Bay di sini pada Jumaat.

Assafal turut mencadangkan agar sebuah pusat penyelidikan khas untuk hidupan marin dibuka di Lahad Datu.

Justeru, beliau berharap agar lebih ramai lagi penyelidik dari dalam dan luar negara turun padang untuk membantu Yayasan Sabah dan Taman-Taman Sabah dalam usaha menjaga dan mewartakan kawasan konservasi ini.

Antara hasil dapatan yang dipamerkan

Antara hasil dapatan yang dipamerkan

Disamping itu juga, Assaffal turut menggalakkan penduduk Lahad Datu untuk membangunkan kawasan yang mempunyai potensi untuk dijadikan kawasan pelancongan kerana daerah itu terkenal dengan pesisir pantai yang menarik dan merupakan kawasan pertama dan terawal terbitnya matahari di Malaysia.

“Saya melihat pelancong yang datang ke negeri ini lebih tertumpu untuk memilih melancong di Semporna.

“Jadi, kita mahu pelancong berkenaan sebahagiannya datang ke kawasan ini supaya limpahan ekonomi pelancongan itu boleh kita rasai di sini,“katanya.

Assafal berharap agar teluk berkenaan diangkat ke peringkat antarabangsa di samping menjadi destinasi pelancongan terkenal.

“Saya bercadang untuk membawa pewartaan Teluk Darvel ini ke mesyuarat kabinet supaya kawasan berkenaan akan diselia oleh Taman-Taman Sabah kerana kita mahu kawasan ini seperti sebuah taman.

Assafal sempat merakamkan kenangan bersama para penyelidik.

Assafal sempat merakamkan kenangan bersama para penyelidik.

“Jika wujudnya sebuah taman di kawasan ini, kita perlu mempunyai beberapa pemain industri yang sama-sama mempunyai kepentingan dan boleh menyumbang bersama dengan Taman-Taman Sabah untuk memelihara kawasan ini,” katanya.

Ekspedisi Saintifik Teluk Darvel yang berlangsung tujuh hari itu bermula 11 Februari lalu bertempat di Silam Coast Conservation Area, Lahad Datu merupakan anjuran Yayasan Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Lahad Datu telah membawa penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah dan Agensi Remote Sensing Malaysia.

EM

Tinggalkan komen anda