Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlis

Amalkan Budaya Menabung daripada Kecil – Wan Saiful

By 17 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

ARAU, 17 Mac (Malaysiaktif) – Ibu-bapa disaran mengamalkan budaya menabung semenjak anak mereka dari kecil, ini kerana dengan hasil tabungan tersebut dapat menampung kos pembelajaran mereka apabila dewasa kelak.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan, menjelaskan amat penting ibu-bapa mempunyai kesedaran supaya budaya menabung diamalkan sejak daripada kecil.

“Ini apabila anak-anak melanjutkan pelajaran mereka (ibu-bapa) tidak lagi perlu ke pejabat PTPTN untuk memohon pinjaman tetapi memohon pengeluaran hasil tabungan tersebut dan tidak ada bebanan hutang yang akan ditanggung mereka kelak.

“Tanpa tabungan ibu-bapa terpaksa datang ke PTPTN untuk membuat pinjaman dan pinjaman ini akan perlu dibayar semula satu hari nanti,” ujarnya.

Program Jom Sambung Belajar 2019 ini bertujuan untuk membolehkan ibu-bapa dan para lepasan pelajar sekolah mendapatkan nasihat mengenai prosedur permohonan dan pembiayaan ke Pusat Pengajian Tinggi daripada Kementerian Pendidikan dan institusi-institusi yang berkaitan.

Program Jom Sambung Belajar 2019 ini bertujuan untuk membolehkan ibu-bapa dan para lepasan pelajar sekolah mendapatkan nasihat mengenai prosedur permohonan dan pembiayaan ke Pusat Pengajian Tinggi daripada Kementerian Pendidikan dan institusi-institusi yang berkaitan.

Menurut Wan Saiful, antara isu yang diperdebatkan pada hari ini ialah mengenai isu PTPTN dan dilema pihak pengurusan PTPTN dalam mengimbangkan tuntutan antara peminjam yang meminta pelepasan selepas tamat belajar dengan pemohon baharu.

“Banyak tekanan dan tuntutan yang diminta supaya pihak PTPTN memberi pelepasan kepada mereka dan kebimbangan kami ialah jika pelepasan diberi kepada graduan maka ia akan mengurangkan pembiayaan kepada pemohon baharu,” tambahnya.

Pihak PTPTN sedang berusaha mencari cara untuk mengimbangi proses tersebut dan memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan masalah ini.

“PTPTN telah berjaya mengumpul RM1.13 bilion hasil kutipan simpanan daripada masyarakat pada tahun lepas dan ini menunjukan bahawa telah wujud kesedaran menabung demi masa depan anak-anak oleh ibu bapa,” katanya ketika merasmikan Program Jom Sambung Belajar 2019, di sini.

-SH

Tinggalkan komen anda