Skip to main content
HomeSabah

Jangan Lepaskan Peluang Saksi Fenomena Perigee

By 19 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Asmidar Zainol (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Orang ramai tidak harus melepaskan peluang menyaksikan fenomena bulan penuh perigee buat kali terakhir bagi tahun 2019 pada pukul 3.48 pagi nanti.

Farahana Kamarudin

Farahana Kamarudin

Menurut Pegawai Penyelidik, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Farahana Kamarudin, semasa fenomena berlaku, bulan akan berada pada jarak 359,377 km dengan Bumi.

“Kejadian ini akan menyebabkan jasad bulan kelihatan besar sedikit dari biasa.

“Fenomena ini berlaku kerana bentuk orbit Bulan mengelilingi Bumi adalah sedikit bujur (elips) yang menyebabkan jarak antara Bumi dan Bulan sentiasa berubah-ubah,” katanya.

Bulan juga akan mengalami fasa bulan penuh pada 21 Mac pukul 9.43 pagi,” tambah Farhana.

Menurutnya, Bulan Penuh Perigee atau ‘Supermoon’ berlaku apabila bulan berada di fasa purnama dan berada pada jarak hampir dengan bumi dalam orbitnya menyebabkan cahaya bulan 15 peratus lebih cerah dan 7 peratus lebih besar berbanding fasa bulan penuh lain secara purata.

Walau bagaimanapun katanya, fenomena ‘Supermoon’ tidak dapat disaksikan di sini memandangkan semasa fenomena berlaku Malaysia mengalami waktu siang.

EM

Tinggalkan komen anda