
Laporan/foto: S. Shanmuganathan (Daerah Timur Laut)
GEORGETOWN, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Kira- kira 100 pelajar Kolej Komuniti Bayan Baru didedahkan terhadap kepentingan bagi mengelak dari menjadi mangsa jenayah siber
Program Jenayah Siber, Punca Dan Kesannya Di Kalangan Y yang diadakan di Kolej Komuniti Bayan Baru di sini baru – baru ini adalah anjuran kerjasama strategik Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut, Majlis Keselamatan Negara Pulau Pinang dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Wilayah Utara, Norazalina Nordin telah berkongsi ilmu mengenai pelbagai isu berkaitan penggunaan media sosial dan kesedaran awam terhadap jenayah siber yang semakin meningkat di negara ini.
“Dinasihatkan, semua pelajar berwaspada apabila mengunakan telefon pintar dan internet serta mengamalkan sifat berhati- hati dalam mengongsikan maklumat peribadi kerana ia mewujudkan platform untuk melakukan jenayah oleh penjenayah siber,” ujar Norazalina.
Program dirasmikan oleh Penolong Pengarah (Tentera) Majlis Keselamatan Negara Pulau Pinang, Roslan Ariffin dan turut hadir, Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Bayan Baru , Nabil Fikri Abu Hanifa dan Pegawai Penerangan Daerah Timur Laut, Lim Miow Juang.
EM