Skip to main content
HomePulau Pinang

Kemahiran Renang Kurangkan Risiko Lemas

By 29 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Salawati Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Aktiviti air terutamanya di laut dan pantai menjadi tarikan kepada kanak-kanak terutamanya semasa cuti sekolah.

Sebagai ibu bapa adalah penting untuk melengkapkan diri anak-anak mereka dengan kemahiran renang.

Sehubungan itu, Unit Akademik dan Pendidikan Berterusan Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) di sini mengambil kesempatan sempena cuti persekolahan semester pertama ini dengan menganjurkan kelas asas renang kepada kanak-kanak yang berusia 12 tahun kebawah.

Peserta diajar teknik apungan

Peserta diajar teknik apungan

Jurulatih KKKB, Sri Rahayu Rahmad bertindak sebagai jurulatih untuk melatih lapan orang peserta selama dua jam untuk setiap sesi latihan.

“Peserta akan mempelajari teknik pernafasan, teknik apungan badan, teknik melucur dan renang gaya bebas.

“Antara kelebihan belajar renang adalah dapat mengurangkan risiko lemas ketika berada di dalam air dan aktiviti renang juga dipercayai dapat mempertingkatkan keyakinan sosial dan rasa lebih berdikari ketika berada dalam situasi baru,” ujarnya.

“Namun, setiap ibu bapa perlu sentiasa peka dan ambil tahu setiap pergerakan anak-anak mereka untuk mengelakkan kejadian buruk terutamanya lemas dari berlaku,” tambahnya lagi.

EM

Tinggalkan komen anda