Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

KHM Agen Pemasaran Maklumat

By 11 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Nur Rezwane/Ariza Mohamed Zaki (Seberang Perai Utara)

BAGAN, 11 Mac (Malaysiaaktif) –  Komuniti Harapan Malaysia(KHM) yang ditubuhkan pada tahun ini dibawah Jabatan Penerangan Malaysia merupakan satu Badan Bukan Kerajaan (NGO) sukarela berfungsi dalam memasarkan maklumat dan  dasar-dasar kerajaan baharu agar lebih difahami masyarakat  majmuk di negara ini.

Beberapa siri mesyuarat KHM yang telah diadakan menampakkan kesungguhan Pengerusi KHM dan AJK bersungguh-sungguh mengumpul masyarakat setempat untuk datang mendengar akan fungsi KHM dan program-program kemasyarakatan yang akan dibuat nanti. Bagi negeri Pulau Pinang sejumlah 93 KHM telah di wujudkan di setiap Parlimen dan DUN.

Ucapan Perasmian ADUN Bagan Satees A/L Muniandy kepada ahli KHM Bagan Dalam

Ucapan Perasmian ADUN Bagan Satees A/L Muniandy kepada ahli KHM Bagan Dalam

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Seberang Prai Utara, Puan Nurazreen Abdul Rahman berkata, KHM adalah merupakan sebuah badan sukarela terdiri daripada pelbagai kaum yang ditubuhkan oleh Jabatan Penerangan bertujuan untuk memupuk nilai-nilai perpaduan untuk merealisasikan aspirasi Rukun Negara.

Turut hadir mesyuarat pada malam ini adalah YB Satees A/L Muniandy, selaku ADUN Bagan Dalam yang memberi ucapan aluan menjelaskan  fungsi KHM menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ Jabatan Penerangan  dalam masyarakat supaya sesuatu isu dan cadangan itu dapat disalurkan kepada kerajaan dengan melalui saluran yang tepat dan betul.

Bagi Pengerusi KHM Bagan Dalam, Encik Gunaseelan a/l Arumugam,43 tahun berasa bertuah kerana telah terpilih untuk mengemudi KHM Bagan Dalam diatas kepercayaan yang di berikan oleh YB Satees A/L Muniandy sebagai Adun Bagan Dalam. Beliau yang mempunyai  syarikat  dalam bidang keselamatan  selama 10 tahun, berkata, pengalaman dalam mentadbir syarikat akan digunakan untuk mempastikan KHM Bagan Dalam akan sentiasa bersiap sedia untuk menjalankan apa-apa aktiviti kemasyarakatan disini nanti. Beliau yang merupakan anak kelahiran Bagan Dalam dan telah berkahwin serta mempunyai 2 orang anak mudah dikenali kerana beliau cukup aktif dalam bidang kebudayaan iaitu dalam NGO Persatuan Tamilar Malaysia.

 Gunaseelan dipilih selaku pengerusi dan akan meneraju KHM Bagan Dalam

Gunaseelan dipilih selaku pengerusi dan akan meneraju KHM Bagan Dalam

ASP Kumar dari IPD SPU turut memberi sokongan penubuhan KHM ini kerana sejak kebelakangan ini isu viral di media sosial  makin meluas melalui medium facebook dan whatsapp. Jadi dengan adanya KHM di bawah Jabatan Penerangan sebagai agen rasmi kerajaan dalam menyampaikan maklumat yang telus dan sahih sekaligus dapat menangkis  isu-isu yang tidak benar.

Mesyuarat KHM Bagan Dalam di hadiri 100 orang ahli begitu bersemangat mendengar taklimat dan arah tuju komuniti harapan Malaysia. Ini akan menjadi contoh kepada KHM yang lain supaya dapat mengumpul ahli untuk terus bersama dengan Komuniti Harapan Malaysia di bawah Jabatan Penerangan Malaysia.

Tinggalkan komen anda