Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlis

Wanita Turut Sumbang Pembangunan Negara

By 11 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi Wanita, Keluarga & Masyarakat, Siti Berenee Yahya ketika merasmikan majlis penutup program Penganjuran Hari Wanita 2019 (HW2019), di sini menjelaskan ia merupakan satu simbolik tanda keperihatinan kerajaan terhadap wanita dan juga pengiktirafan kepada wanita yang turut sama  menyumbangkan tenaga kepada pembangunan dan kemajuan negara.

“Selain itu, HW2019 dapat memberi pendedahan, maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat umum khususnya golongan wanita akan peluang, ccabaran dan isu sejagat agar wanita mempunyai daya saing untuk mencapai perkongsian saksama antara lelaki,” ujarnya.

HW2019 yang bertemakan “Seimbang untuk Sejahtera” bertujuan memberi aspirasi kepada golongan wanita dalam mengimbangi komitmen dan tanggungjawap mereka dalam setiap aspek kehidupan.

“Penganjuran HW2019 dapat mengangkat harapan golongan wanita dan semua pihak dalam menghapuskan sebarang diskriminasi gender agar pembangunan dan potensi wanita di negara ini dapat dipertingkatkan seterusnya menjadi medium menyebarluaskan inisiatif pencapaian Dasar Wanita Negara,” tambahnya.

Acara Women Aerobathon yang turut diadakan sempena sambutan kali ini.

Acara Women Aerobathon yang turut diadakan sempena sambutan kali ini.

Sejajar dengan Hari Wanita yang disambut setiap 8 Mac di seluruh negara setiap tahun, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis telah menganjurkan program Women’s Aerobathon bertempat di Urban Tranformation Centre (UTC) Kangar, Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perlis, Shuhada Sabdin menjelaskan bahawa pada hari tersebut semua negeri terlibat menjayakan program Hari Wanita 2019 dengan pelbagai pengisian mengikut inisiatif negeri masing-masing.

“Di peringkat Negeri Perlis juga tidak ketinggalan untuk menganjurkan aktiviti ini yang dihadiri lebih daripada dua ratus orang peserta yang terdiri dari pelbagai lapisan umur serta turut dihadiri oleh bekas pembaca berita Normala Shamsudin.

“Mulai Mac hingga Disember, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis akan melaksanakan pelbagai aktiviti kepada wanita yang di bawah satu program besar yang dinamakan sebagai Pusat Eksekutif Cakna Bantu Ekonomi (PACBE).

“Di bawah PACBE ini akan terangkum semua program khusus kepada wanita seperti kemahiran, latihan, pembinaan diri serta program jati diri,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

-SH

Tinggalkan komen anda