Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePutrajaya

LIMA’19 Platform Memperluas Rantaian Komunikasi

By 25 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

LANGKAWI, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Kemeriahan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019
(LIMA’19) yang berlangsung esok hingga 30 Mac ini semakin terasa.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, menjelaskan pameran kali ini amat penting dalam memastikan pelaburan dapat diraih dalam menjayakan industri pertahanan negara.

“LIMA’19 bakal meletakkan Malaysia dalam landasan tepat dalam menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dan memperluas rantaian komunikasi dan kerjasama bersama pemain industri aeroangkasa dan maritim,” katanya semasa meraikan media dalam jamuan teh
di sebuah resort,” di sini hari ini.

Sebanyak 406 syarikat pertahanan, komersial dari 32 buah negara mengesahkan penyertaan dalam LIMA’19 yang melibatkan sebanyak 206 syarikat tempatan serta 200 syarikat antarabangsa.

Sementara itu Menteri Pengangkutan memberi pujian kepada pengamal media tempatan dan antarabangsa kerana liputan dan promosi pra-majlis yang antara lain menjadi faktor ruang pameran penuh ditempah.

Persiapan keseluruhan pameran telah memasuki fasa terakhir untuk disiapkan sebelum dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad esok.

-SH

Tinggalkan komen anda