Skip to main content
HomeLabuan

IPD Labuan Perhebat Konsep ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’

By 25 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan akan terus memperhebatkan konsep ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’ yang juga menjadi tema Sambutan Peringatan hari Polis ke 212 tahun ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Supt. Muhamad Farid Ahmad, konsep itu akan diteruskan bagi menjadikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berupaya menjadi pemangkin kepada masyarakat.

Farid (paling kiri) menerima skrol perutusan Peringatan Hari Polis ke 212 daripada Pasukan Rapid Team IPD Labuan

Farid (paling kiri) menerima skrol perutusan Peringatan Hari Polis ke 212 daripada Pasukan Rapid Team IPD Labuan

“Warga PDRM hendaklah sentiasa meningkatkan produktiviti melalui pendekatan pro aktif seperti melibatkan diri dalam Community Policing dan Community  Engagement dengan pemimpin masyarakat bagi memastikan mereka menjadi sumber mata serta telinga PDRM untuk membenteras jenayah sekaligus memastikan pulau ini dalam keadaan selamat.

“Fokus utama kita adalah untuk membasmi pengedaran dan gejala dadah yang rata-ratanya melibatkan rakyat tempatan termasuk membentaras pengedar dadah yang datang dari pelbagai latar belakang.

Anggota PDRM IPD Labuan pelbagai pangkat yang turut serta dalam Peringatan Hari Polis ke 212

Anggota PDRM IPD Labuan pelbagai pangkat yang turut serta dalam Peringatan Hari Polis ke 212

“Jika kita dapat membasmi gejala dadah kita pasti dapat mengurangkan jenayah-jenayah yang lain,” katanya selepas menyampaikan perutusan Ketua Polis Negara Sempena Peringatan Hari Polis ke 212 Peringkat IPD Wilayah Persekutuan (WP) Labuan pagi tadi.

Farid turut menyeru warga PDRM mendasari amalan ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’  dengan tegas, adil , berhemah dan berintegriti.

Farid (kanan) memakaikan pangkat Inspektor kepada salah seorang pegawai yang sah dalam perkhidmatan.

Farid (kanan) memakaikan pangkat Inspektor kepada salah seorang pegawai yang sah dalam perkhidmatan.

“Prinsip ini merupakan asas kepada semua niat, pemikiran dan tindakan kita dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.

“Saya percaya dengan berfikir dan bertindak sedemikian, warga PDRM IPD WP Labuan mampu merealisasikan hasrat pucuk pimpinan,” katanya lagi.

Salah seorang pegawai awam menerima sijil penghargaan daripada Farid (kanan)

Salah seorang pegawai awam menerima sijil penghargaan daripada Farid (kanan)

Pada majlis itu, Farid turut menyempurnakan pemakaian pangkat Inspektor, penyampaian sijil penghargaan Pegawai Kanan, Anggota Pangkat Rendah, Pegawai Awam dan orang awam.

Hadir sama Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, Komander Pangkalan Udara Labuan, Bridged Jeneral Dato Sardon Hassan, Timbalan Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani dan Pengerusi PERKEP IPD Labuan, Noraziah Jalaludin.

EM

Tinggalkan komen anda