Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Nur Syakura dan Hadi Mohd Johan tilawah  Al-Quran Sarawak

By 1 Mac 2019Tiada komen3 minit bacaan
 Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Wak Parno Selamat  (Sarawak)

KUCHING, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Nur Syakura  Mohamad Musa mewakili Bahagian Kuching dinobatkan sebagai johan Keseluruhan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak yang memperolehi markah tertinggi sebanyak 93.1 peratus.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-59 bertema“ Kesatuan Umat Membawa Rahmat” yang berlangsung pada 25 hingga 28 Februari 2019 bersamaan 20-23 Jamadilakhir 1440H bertempat di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah,Kompleks Islam Sarawak berakhir malam tadi.

Tun Taib menyampaikan hadiah kepada Johan Qariah Nur Syakura  Mohamad Musa mewakili Bahagian Kuching

Tun Taib menyampaikan hadiah kepada Johan Qariah Nur Syakura Mohamad Musa mewakili Bahagian Kuching

Seramai 24 orang penyertai Tilawah Al-Quran yang terdiri daripada 12 Qari dan 12 Qariah yang mewakili Bahagian masing-masing.

Nur Syakura  Johan Qariah dan Hadi Mohd Sharkawi Johan Qari kedua-dua mereka wakili Bahagian Kuching.

Dengan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM8,000.00, Piala Pusingan dan Iringan, Hadiah Iringan, Sijil Penyertaan dan Umrah bagi kategori Qari dan Qariah.

TunTaib menyampaikan hadiah kepada Johan Qari Hadi Mohd Sharkawi.

TunTaib menyampaikan hadiah kepada Johan Qari Hadi Mohd Sharkawi

Sementara itu,Farra Lizza Mohamad Musa peserta Qariah mewakili Bahagian Miri dan Muhamad Hafiez Shafie dari Samarahan muncul naib johan kategori qari.

Hadiah Naib Johan membawa balik hadiah wang Tunai sebanyak RM6,000.00, Piala Iringan, Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan.

Pemenang tempat ketiga dimenangi oleh Eza Nurumaiza Japarudin Qariah dari Limbang dan Jubni Sulong Qari dari Samarahan mereka membawa pulang wang Tunai sebanyak RM4,000.00 Piala Iringan, Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan.

Bagi Qari dan Qariah yang menerima Saguhati membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500.00, Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan.

Manakala Menghafaz Al-Quran Negeri Sarawak 1440H Johan bagi Kategori (KATEGORI 1 – 30 JUZUK) dimenangi oleh Ahmad Adil yang mewakili Madrasah Darul Uloom Islamiyyah Kpg No.6 dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000.00 Piala Iringan, Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan.

Naib Johan Muhammad Mujahid Zahidin dari Madrasah Darul Uloom Islamiyyah Kpg No.6 membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000.00 Piala Iringan, Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan.

Tempat ketiga Ahmad Afiq Mohd Zulkifli dari Madrasah Tahfiz An Naim, Lutong ,Miri mendapat  RM2,000.00 Piala Iringan, Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan dan penerima Saguhati membawa balik wang tunai sebanyak RM500.00 , Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan.

barisan tetamu kehormat yang hadir

barisan tetamu kehormat yang hadir

Kategori 1 – 20 JUZUK pula Johan dirangkul oleh Muhamad Izzat Mukhali kategori lelaki mewakilii Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Nur Masitah Mohamad Shawal dari Darul Quran KAKIM kategori perempua masing-masing membawa hadiah RM4,000.00 Piala Iringan,Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan.

Naib Johan dimenangi oleh Muhammad Azreen Abd Rani kategori lelaki dan Farra Hanim Hadian dari Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak membawa balik RM2,500.00 Piala Iringan Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan.

Tempat ketiga pula Wan Mohd Amir Zubir Wan Ariffin dari Madarasah Safinatun Najah dan Nur Izzah Yong Muhd Shahril Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak masing-masing dapat RM1,500.00 Piala Iringan Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan manakala penerima Saguhati membawa balik wang tunai sebanyak RM500.00.

Kategori 1 – 10 JUZUK Johan dimenangi oleh Muhammad Eilya Jamsari dari Madarasah Darul Uloom Islamiyyah Kpg No.6 kategori lelaki dan Nurul Izzah Mukhali kategori perempuan dari Universiti Antarabangsa Malaysia,mereka dapat  RM3,000.00 Piala Iringan,Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan.

Naib Johan dapat RM2,000.00 Piala Iringan Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan dimenangi oleh Ahmad Yasin Juanda kategori lelaki dan Siti Asma Adenan kategori perempuan dari SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahad.

Manakala Ketiga dimenangi oleh Asma Amani Abdul Halim kategori perempuan dari Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak dan Ahmad Alwy Muhd Hudari dari Institut Tahfiz Bintulu mereka dapat RM1,000.00 Piala Iringan, Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan dan Saguhati menerima wang tunai RM500.00 Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang disempunakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Turut mengiring mereka ialah Menteri Di Pejabat Ketua   Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha.

Tinggalkan komen anda