Skip to main content
Home

Graduan KIAS, Jururawat Segamat Johan Tilawah Al-Quran Negeri Johor

By 1 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/Foto: Norhasliza Hamzah/Khairul Hadi Mahat (Segamat)

SEGAMAT, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Graduan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Mohamad Yusuf Kassim, 23 dan Jururawat Masyarakat Pejabat Kesihatan Daerah Segamat, Norsyuhada Muhammad, 28, dinobatkan johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Johor Ke-63 di Dataran Segamat di sini, baru-baru ini.

Mohamad Yusuf mewakili daerah Kota Tinggi dan Norsyuhada mewakili daerah Segamat masing-masing memperolehi markah 87 peratus, membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, sijil, piala pusingan dan piala iringan.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che' Puan Khaleeda Bustamam hadir Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Johor Ke-63 di Dataran Segamat di sini.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che’ Puan Khaleeda Bustamam hadir Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Johor Ke-63 di Dataran Segamat di sini.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che’ Puan Khaleeda Bustamam turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang qari dan qariah.

Faktor usia muda tidak menghalang Mohamad Yusuf untuk menyertai pertandingan tilawah buat kali pertama pada tahun 2014, diikuti dengan penyertaan di peringkat negeri, mendapat tempat ketiga pada tahun 2016 dan 2018.

Johan Qariah, Nor Syuhada Muhamad wakil Segamat bersama suami, Mohd Shahir Ab Manap, manakala tempat kedua, daerah Batu Pahat dan daerah Kulai, tempat ketiga.

Johan Qariah, Nor Syuhada Muhamad wakil Segamat bersama suami, Mohd Shahir Ab Manap, manakala tempat kedua, daerah Batu Pahat dan daerah Kulai, tempat ketiga.

“Alhamdulillah, saya banyak belajar mengenai dunia tilawah ini semasa mengikuti diploma Qiraat dan Tarannum di KIAS serta berjumpa dengan guru-guru bagi meningkatkan kualiti bacaan selain amalan membaca al-Quran secara berterusan.

“Diharapkan kejayaan saya ini dapat mendorong golongan belia untuk menceburi bidang tilawah dan secara tidak langsung mendalami al-Quran,” katanya.

Bagi Norsyuhada, dia bersyukur kerana pada tahun ini, Allah SWT memberi rezeki menjadi johan qariah peringkat negeri Johor.

“Walaupun sudah banyak kali bertanding, saya tidak pernah jemu untuk terus menyertai pertandingan tilawah sejak 2013 dan pernah mewakili Johor ke peringkat kebangsaan pada tahun 2015,” ujar beliau yang pernah bergelar johan qariah Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia pada Oktober 2018.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Md Rofiki A Shamsudin.

EM

Tinggalkan komen anda