Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Pandu Puteri Adakan Kunjungan Hormat Kepada Toh Puan Norlidah

By 16 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Asmidar Zainol/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Persatuan Pandu Puteri cawangan Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Negeri, semalam.

Ketua Pesuruhjayanya, Shirley Wong berkata, kunjungan tersebut adalah bagi mengeratkan jalinan hubungan dan kerjasama bersama Toh Puan Norlidah sebagai Patron persatuan berkenaan.

“Selain itu, kunjungan hari ini adalah bagi memperkenalkan barisan jawatan kuasa tertinggi Pandu Puteri Cawangan Sabah yang telah dilantik pada April 2018.

Naomi (kanan) memberi penerangan berkaitan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh persatuan terbabit kepada Toh Puan Norlidah (kiri).

Naomi (kanan) memberi penerangan berkaitan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh persatuan terbabit kepada Toh Puan Norlidah (kiri).

“Kami berharap dapat menjalinkan kerjasama yang erat bersama Toh Puan Norlidah dan menjemput beliau ke program kami pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shirley menjemput orang ramai untuk mengundi persatuan berkenaan bagi mendapatkan geran bernilai RM10,000 daripada The United Nations International Children’s Emergency Fund (UNICEF).

“Baru-baru ini Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menandatangani satu perjanjian dengan UNICEF di mana geran RM10 ribu akan diberikan kepada cawangan yang mendapat undian yang paling tinggi.

. Toh Puan Norlidah (kiri) melihat laporan aktiviti persatuan berkenaan.

Toh Puan Norlidah (kiri) melihat laporan aktiviti persatuan berkenaan.

“Sekiranya kami berjaya membawa pulang geran bernilai RM10 ribu itu, ia akan digunakan untuk melaksana program dan aktiviti persatuan di negeri ini.

“Orang ramai adalah dijemput untuk mengundi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menghantar GGSABAH ke 69898 atau menggunakan aplikasi WhatsApp 016-8001919,” katanya kepada pemberita.

Sehingga kini, Pandu Puteri mempunyai lapan ribu ahli berdaftar aktif dari kalangan pelajar sekolah tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Naomi (lima dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Toh Puan Norlidah (enam dari kiri).

Naomi (lima dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Toh Puan Norlidah (enam dari kiri).

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Yang DiPertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan Sabah, Datuk Naomi Chong.

EM

Tinggalkan komen anda