Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Amal Pemakanan Seimbang, Fahami Fungsi Buah Pinggang

By 16 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Zaidi Jamin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Masyarakat disaran mengamalkan tabiat pemakanan seimbang serta mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengekalkan tahap kesihatan buah pinggang.

Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. William Gotulis berkata, masalah kegagalan buah pinggang ataupun penyakit buah pinggang boleh dicegah sekiranya setiap individu mengamalkan budaya pemakanan seimbang serta mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah bersenam secara berkala.

Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat HQE turut diserikan dengan sesi senamrobik sejurus majlis sambutan dirasmikan.

Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat HQE turut diserikan dengan sesi senamrobik sejurus majlis sambutan dirasmikan.

“Buah pinggang merupakan antara organ paling penting yang mempengaruhi rutin dan aktiviti harian setiap individu.

“Antara fungsi utama buah pinggang adalah menjadi penapis bahan buangan dalam darah. Buah pinggang yang sihat mampu mengawal jumlah cecair di dalam badan selanjutnya membantu membuang lebihan cecair dari darah,” jelasnya.

Sebahagian warga HQE yang hadir memeriahkan sambutan dan berpeluang menderma darah.

Sebahagian warga HQE yang hadir memeriahkan sambutan dan berpeluang menderma darah.

Katanya juga, buah pinggang berperanan dan bertindak mengawal tekanan darah setiap individu. Tekanan darah perlu dikawal pada suatu tahap tertentu kerana jika tekanan darah tidak seimbang, jantung terpaksa bekerja lebih kuat, keadaan ini sudah pasti menjejaskan kesihatan buah pinggang.

Dr. William berkata demikian semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat HQE bertempat di Auditorium, Menara Berkembar HQE pada Jumaat.

Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma antara kaunter tumpuan sepanjang sambutan.

Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma antara kaunter tumpuan sepanjang sambutan.

Tambahnya, masyarakat perlu serius tentang penjagaan buah pinggang kerana jumlah pesakit yang memerlukan rawatan termasuk rawatan dialisis akibat penyakit ini, termasuklah pesakit penyakit buah pinggang tahap kronik sentiasa meningkat setiap tahun.

“Pihak Kementerian Kesihatan termasuk hospital sentiasa berusaha mempertingkatkan kesedaran melalui kempen kesedaran agar maklumat tentang penjagaan kesihatan buah pinggang dan kesannya terus diberi perhatian di kalangan masyarakat.

Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma antara kaunter tumpuan sepanjang sambutan.

Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma antara kaunter tumpuan sepanjang sambutan.

“Ambil peluang dan ruang masa untuk jalani ujian air kencing dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali. Ujian ini boleh membantu mengesan tanda-tanda awal masalah buah pinggang serta lain-lain masalah perubatan.

“Sentiasa mengamal tabiat pemakanan dan diet yang sihat, minum air yang bersih, lakukan senaman berkala dan jauhi tabiat merokok,“ ujar William.

Warga hospital pelbagai jabatan turut sama menjayakan kempen penjagaan buah pinggang kepada masyarakat.

Warga hospital pelbagai jabatan turut sama menjayakan kempen penjagaan buah pinggang kepada masyarakat.

Bertemakan “Kidneys Health For Everyone Everywhere,” sambutan dimulakan dengan sesi ceramah disampaikan olah Pakar Perubatan nefrologi HQE. Dr. Ang Cheng Lung.

Antara aktiviti menarik sepanjang sambutan adalah sesi senamrobik daripada unit fisioterapi, sesi derma darah, kaunter pemeriksaan kesihatan percuma serta pameran kesihatan yang diadakan di ruang lobi hospital.

Warga hospital pelbagai jabatan turut sama menjayakan kempen penjagaan buah pinggang kepada masyarakat.

Warga hospital pelbagai jabatan turut sama menjayakan kempen penjagaan buah pinggang kepada masyarakat.

Hadir sama pada majlis Ketua Unit yang juga Pakar Perubatan Nefrologi HQE, Dr. Chan Fei Sia; Ketua-ketua jabatan dan unit serta pegawai kanan hospital.

EM

Tinggalkan komen anda