Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Pengamal Media Terkandas di Tengah Lautan

By 27 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan/foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)/Mohd Dzul Hijri

LANGKAWI, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Sekumpulan pengamal media yang membuat tinjauan armada sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) terkandas di tengah lautan.

Seramai 16 pengamal media daripada pelbagai agensi dalam dan luar negara yang menaiki KM Bagan Datuk terpaksa menunggu sekitar satu jam sebelum dijemput pasukan marin.

Sebahagian daripada pengamal media yang terkandas di KM Bgan Datuk semasa membuat liputan armada sempena LIMA'19, siang tadi.

Sebahagian daripada pengamal media yang terkandas di KM Bgan Datuk semasa membuat liputan armada sempena LIMA’19, siang tadi.

Walau bagaimanapun, mereka yang dijadualkan untuk membuat liputan persembahan maritim terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Bot transit yang dijadualkan untuk mengambil mereka terkandas kerana terhalang oleh pertunjukan maritim yang sedang berlangsung di sebuah resort di sini ketika itu.

Biarpun keletihan dan kelaparan, mereka dilihat komited dengan tugas masing-masing apabila bergegas ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) untuk liputan seterusnya.

Sementara itu, sebanyak 23 aset maritim daripada pelbagai negara antaranya Jepun, Amerika Syarikat, Bangladesh, Sri Lanka, China serta Malaysia turut dipamerkan kepada media dalam tinjauan armada tersebut.

-SH

Tinggalkan komen anda