Skip to main content
Home

Kerusi Roda Ringankan Beban

By 27 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mazlin Basir/Shazwan Zdainal Abidin (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Klinik Kesihatan Batu Pahat telah menerima 20 unit kerusi roda hasil sumbangan daripada Pusat Khidmat ADUN Penggaram Batu Pahat.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggaram, Gan Peck Cheng kepada wakil Klinik Kesihatan Batu Pahat, Dr. Zaleha Jailani dalam suasana ringkas dan penuh bermakna kelmarin.

Sumbangan ini merupakan inisiatif Pusat Khidmat Adun berkenaan bagi membantu dan mempermudahkan orang ramai yang berurusan di klinik terutamanya membabitkan orang kurang upaya (OKU), warga emas, mangsa kemalangan dan sebagainya.

Sumbangan yang diberi menunjukkan kebersamaan kerajaan dalam usaha meningkatkan bantuan kerajaan kepada rakyat

Sumbangan yang diberi menunjukkan kebersamaan kerajaan dalam usaha meningkatkan bantuan kerajaan kepada rakyat

Keperluan kerusi roda amat diperlukan memandangkan pengunjung yang tidak berupaya di klinik tersebut semakin  meningkat.

“Sumbangan daripada ADUN Penggaram adalah satu pendekatan yang positif sekaligus menunjukkan kebersamaan kerajaan dalam usaha meningkatkan bantuan kerajaan kepada rakyat,” ujar Dr Zaleha Jailani.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ADUN Penggaram kerana keprihatinan beliau dan sokongan yang diberikan agar masyarakat dapat bersama-sama menikmati bantuan dan kemudahan sekaligus mengurangkan beban kepada pesakit dan keluarga mereka,” katanya lagi.

Beliau turut menyokong usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan serta menambah baik perkhidmatan di klinik berkenaan untuk kebaikan seluruh rakyat di daerah tersebut.

Gan Peck Cheng bersama Mohd Khuzzan Abu Bakar meninjau persekitaran Klinik Kesihatan Batu Pahat

Gan Peck Cheng bersama Mohd Khuzzan Abu Bakar meninjau persekitaran Klinik Kesihatan Batu Pahat

Majlis penyerahan turut dihadiri EXCO Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar dan bersama–sama meninjau keadaan persekitaran Klinik Kesihatan selepas majlis penyerahan berlangsung.

EM

Tinggalkan komen anda