Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Aksi Aset Maritim Pukau Penonton

By 27 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

Β Laporan/foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)/ Maritim Malaysia

LANGKAWI, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Demonstrasi khas Maritim Malaysia dalam menangani kegiatan rompakan serta menyelamatkan mangsa jatuh laut diadakan di kawasan berhampiran Jeti di sebuah resort di sini berjaya memukau penonton yang menyaksikan persembahan tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar, seramai 125 anggota pasukan tersebut terlibat dalam acara pertunjukan demonstrasi yang memperlihatkan kemampuan pasukan maritim yang dilatih khusus dalam menangani insiden seperti rompakan, pelanunan dan orang jatuh laut.

“Buat julung kalinya formasi gabungan bot PETIR dan jet ski dipertontonkan kepada khalayak ramai, di mana empat gabungan formasi dihasilkan dengan penuh keseragaman.

Ketangkasan PTK mampu tangani kes berprofail tinggi.

Ketangkasan PTK mampu tangani kes berprofail tinggi.

“Keupayaan anggota Maritim Malaysia menyelamatkan mangsa menggunakan jet ski juga pertama kali dipertontonkan bagi membuktikan anggota maritim merupakan anggota yang terlatih,” katanya ketika ditemui ketika demonstrasi khas maritim, di sini hari ini.

Menurut Zulkifli lagi, kecekapan pasukan khas Maritim Malaysia (STAR) terserlah apabila mereka melakonkan semula kes rompakan di laut yang melibatkan kapal dagang di zon maritim Malaysia dengan bantuan aset udara.

“Ketangkasan Pasukan Tindakan Khas (PTK) serta kemahiran tinggi pengendalian aset udara memastikan kes berprofail tinggi seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan berkesan,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda