Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Pengunjung Rasai Peluang Jadi Juruterbang Pesawat Typhoon

By 27 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto : Farhana Azlin Lajis/Bashsyar Abdullah (Langkawi)

LANGKAWI, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Langkawi pada masa ini dipenuhi pelancong dalam dan luar negara, ruang angkasa digegarkan dengan deruman enjin dari pesawat yang membuat persembahan, manakala perairannya dipenuhi oleh kapal-kapal perang pelbagai kelas yang mengambil bahagian sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19).

Pesawat Typhoons pada siri LIMA’19 kali ini berjaya memukau para pengunjung yang hadir
dengan membenarkan pengunjung menaiki dan merasa sendiri suasana berada di dalam pesawat 623 Typhoons keluaran Syarikat Bae System tersebut.

Pengunjung yang setia menanti giliran untuk berada di dalam pesawat tersebut.

Pengunjung yang setia menanti giliran untuk berada di dalam pesawat tersebut.

Menariknya berkenaan pesawat ini, sebelah sayapnya mampu membawa 15 ekor gajah dan boleh terbang dari Langkawi ke Kuala Lumpur dengan hanya 9.5 minit sahaja.

Menurut Rosimah Arob, 45, beliau tidak melepaskan peluang sebegni kerana pengalaman ini hanya dapat dirasai dua tahun sekali.

Manakala Mohd Zaidi Omar, 36, berkata beliau sanggup beratur panjang untuk merasakan sendiri keadaan bila berada di dalam pesawat yang hebat ini.

“Saya sanggup beratur panjang dalam cuaca panas kerana peluang seperti ini tidak harus dilepaskan dan bukan mudah orang biasa boleh merasai duduk di dalam pesawat seperti ini,” katanya.

Turut tidak ketinggalan merasai pengalaman berada dalam pesawat tersebut adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah semasa lawatan baginda ke LIMA’19, siang tadi.

-SH

Tinggalkan komen anda