Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Pokok Pukul Lima Masih Teguh Berdiri Selepas 100 Tahun

By 27 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: M. Sures Maniam/Noor Faeizah Ahamad (Kubang Pasu)

CHANGLOON, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Pokok pukul lima atau nama botaninya samanea saman dari keluarga leguminosae yang terletak di Dataran Penjaja Changloon ini dipercayai telah ditanam oleh komunis pada zaman pemerintahan Jepun dahulu.

Walaupun telah dianggarkan berusia lebih 100 tahun lamanya ia masih hidup subur dan megah berdiri.

Pokok pukul lima mengeluarkan bunga yang sangat cantik.

Pokok pukul lima mengeluarkan bunga yang sangat cantik.

Menurut penduduk di situ Abdul Majid Hashim, pokok ini disebut pokok pukul lima kerana kelopak bunga tersebut hanya akan tutup sebelum matahari terbenam iaitu sekitar pukul lima hingga tujuh petang.

“Dahan yang terbentuk seakan-akan sebuah mahkota besar yang lebar dan luas secara tidak langsung dijadikan sebagai tempat berteduh bagi peniaga kecil dari kawasan sekitar.

“Ciri-ciri ini mengekalkan kelembapan yang lebih untuk pokok tersebut,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pihak berkuasa tempatan turut memastikan pokok ini dijaga dengan baik dan sempurna dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kubang Pasu.

-SH

Tinggalkan komen anda