Skip to main content
Berita TempatanKelantan

Projek Lebuh Raya Pintasan Rakyat Kelantan

By 8 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto : Saufi Ab. Ghani / Shuhaimi Ahmad (Kelantan/ Terengganu)

KOTA BHARU, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Meneruskan Lawatan kerja hari ke tiga di Kelantan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali melakukan lawatan ke Tapak Pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu Kuala Krai, bermula jam 9.00 pagi ini. Di tapak berkenaan beliau diberi taklimat pembinaan lebuh raya Pakej 2A Kadok ke Ketereh dan Pakej 2B Ketereh ke Kok Lanas,

Pakej 2A ini adalah sambungan Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok. Pakej 2A yang menelan belanja sebanyak RM42 juta akan cuba disiapkan sebelum 30 April nanti, dan pakej 2B dijangka siap sepenuhnya tahun 2021.” kata Penguasa Projek, Adnan Mamat dalam taklimat di tapak projek pembinaan pagi ini.

“Kita akan cuba siapkan pakej 2A Kadok ke Kok Lanas ini, dan dibuka sementara kepada pengguna untuk mengelakkan kesesakan di musim perayaan sebagaimana pakej 1B dahulu.” tambahnya.

“Dalam pembinaan Pakej 2A juga memerlukan tambahan peruntukan kerana pada asalnya sambungan di Kadok tidak ada jalan susur keluar dan masuk, namun atas kepentingan umum ia perlu diadakan.” tambahnya lagi.

Taklimat di tapak projek oleh Adnan Mamat.

Taklimat di tapak projek oleh Adnan Mamat.

Selepas taklimat menteri mengadakan perbincangan tertutup di Pejabat Tapak Operasi Chengal Jati, Buluh Pos, Ketereh bersama JKR dan pihak pembinaan projek.

Menurut Mohd Nasir Abdullah, 61, bekas pesara kerajaan, pembangunan yang dibawa ke Negeri Kelantan banyak manfaatnya, selain membuka peluang kerja untuk pesara macam saya, ramai lagi anak-anak kelantan diambil bekerja. Kita sama-sama rebut peluang memajukan negeri ini sambil mencari rezeki untuk keluarga.

Projek keseluruhan yang melibat peruntukan RM 1.8b, sepajang 73 km ini pastinya dapat menyelesaikan masalah kesesakan terutama di musim perayaan. Projek ini juga mampu melonjakan perkembangan ekonomi persekitar laluannya. Rakyat Kelantan tentunya dapat menjimatkan masa bagi pemasaran hasil pertanian tempatan ke Kuala Lumpur. Ekonomi Kelantan akan lebih berkembang di masa akan datang.

Program turut dihadiri Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Mohd Radzi Jidin berakhir jam 11.30 pagi.

-NAZ

Tinggalkan komen anda