Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeSelangorWilayah Persekutuan

Tarikan Terbaharu Pusat Membeli-Belah KLIA2

By 11 Mac 2019Jun 21st, 2022Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

SEPANG, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dijangka mampu mendorong sektor pelancongan di negara ini apabila mewujudkan sebuah kedai sementara animasi terkenal Jepun, “Doraemon” yang disajikan kepada pelancong terutamanya yang mendarat di sini.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara Datuk Rashidi Hasbullah, menjelaskan sektor pelancongan Malaysia menyumbang sebanyak RM84.1 bilion terhadap ekonomi negara sepanjang tahun lalu dengan peningkatan sebanyak 2.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Pelancong banyak berbelanja untuk segmen membeli-belah iaitu sebanyak 33.4 peratus dan menurut laporan tahunan Euromonitor International, Malaysia berada di kedudukan ke-9 bandar popular dunia dengan kunjungan pengunjung melebihi 13 juta tahun lalu.

Figura bersaiz manusia yang menjadi tarikan di kedai sementara ini.

Figura bersaiz manusia yang menjadi tarikan di kedai sementara ini.

“Perjalanan dari serata dunia bakal meningkat sebanyak 5 peratus pada tahun ini, jumlah yang memberangsangkan untuk industri pelancongan negara,” katanya ketika merasmikan pelancaran kedai sementara “Doraemon”, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Animation International (M) Sdn Bhd Steve Chow, berkata beliau menyokong sepenuhnya usaha kerajaan dalam mempromosikan membeli-belah sebagai tarikan pelancongan negara.

“Kami berharap dapat menyampaikan suasana keajaiban yang dipenuhi kegembiraan, pada masa yang sama membantu menarik perhatian pelancong tempatan mahupun antarabangsa,” katanya yang turut membawakan konsep yang sama di pusat membeli-belah di Johor Bahru dan Petaling Jaya.

Kedai sementara ini menyajikan 30 patung figura mega Doraemon pada saiz manusia, serta pelbagai cenderahati termasuklah cenderahati edisi terhad.

-SH

Tinggalkan komen anda