Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

PPP Barisan Hadapan Sedia Rawatan Kesihatan  

By 11 Mac 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto:  Nurazreen Bt Abd Rahman (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 11 Mac (Malaysiaaktif) –  10 Mac setiap tahun merupakan tarikh penting kepada Semua Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Malaysia kerana hari tersebut merupakan Hari PPP bagi menghargai pengorbanan mereka dalam memastikan masyarakat Malaysia mendapatkan rawatan dan nasihat kesihatan yang terbaik dalam perubatan.

Tema ‘A Caring Profession Towards Health Community’  jelas menunjukkan peranan  PPP ini sangat besar di dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Tugasan PPP sebagai barisan hadapan atau ‘front liner’ di Jabatan Kecemasan dan juga klinik kesihatan dapat dilihat keberadaan mereka di semua bahagian yang terdapat di hospital seperti di Dewan Bedah, klinik pakar (mata, telinga, tekak), Unit Kardiologi (jantung) Hemodialisis, Ortopedik (tulang).

Mohd Zamri Bin Ab Wahid, 43 tahun  Penyelia Jabatan Kecemasan Hospital Kepala Batas telah berkhidmat selama 21 tahun sebagai PPP

Mohd Zamri Bin Ab Wahid, 43 tahun Penyelia Jabatan Kecemasan Hospital Kepala Batas telah berkhidmat selama 21 tahun sebagai PPP

Hospital Kepala Batas sahaja mempunyai seramai 35 orang  PPP yang bertugas disini dan tiga daripadanya adalah perempuan. Menurut  Mohd Zamri Bin Ab Wahid, 43 tahun yang telah berkhidmat selama 21 tahun sebagai PPP memberitahu setiap  profesion ada cabarannya tersendiri. Menurut beliau sebagai ‘front line’ terutama di Jabatan Kecemasan selalunya penyaringan pesakit akan dilakukan mengikut keadaan kes. Bagi kes yang tidak kritikal rawatan awal perlu dilakukan oleh mereka sebelum sebelum merujuk kepada Pegawai Perubatan”. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan ragam pesakit,  ianya tidak mematahkan semangat dan iltizam mereka dalam berbakti kepada masyarakat malah mereka terus menyampaikan perkhidmatan yang terbaik walaupun terpaksa mengorbankan waktu rehat terutamanya melalui panggilan ‘on call’.

Mohd Anis Farhan Bin Jamaludin, 31 tahun baru berkhidmat selama 8 tahun.

Mohd Anis Farhan Bin Jamaludin, 31 tahun baru berkhidmat selama 8 tahun.

Mohd Anis Farhan Bin Jamaludin, 31 tahun, pula yang baru berkhidmat 8 tahun dalam bidang profesion PPP ini memberitahu selepas habis peperiksaan SPM beliau telah ditawarkan untuk memasuki ke Politeknik dan pada masa sama beliau jugak telah memohon latihan Penolong Pegawai Perubatan dan alhamdulillah telah berjaya terpilih. Selepas habis belajar saya ditempatkan di Klinik Kesihatan di Bukit Minyak tapi disebabkan saya ingin terus  belajar dan minat dalam profesion ini saya mohon bertukar ke Hospital Kepala Batas kerana apabila bertugas di hospital terutama di Jabatan Kecemasan pelbagai kes kecemasan kami uruskan terutama kes-kes yang kritikal sedikit sebanyak dapat memahirkan saya dalam pengendalian Perubatan dan perawatan kecemasan.

Sejarah kewujudan PPP atau dahulunya dikenali sebagai  ‘Dressar’ diperkenalkan oleh British pada tahun 1786 dan permulaannya ditempatkan di Jabatan Perubatan Pulau Pinang. Pada  1823, penempatan ‘Dressar’ mula diperluaskan disemua negeri Tanah Melayu dan termasuk Singapura dan seterusnya ‘Dressar’ ditempatkan diseluruh Tanah Melayu.

Barisan PPP Jabatan Kecemasan Hospital Kepala Batas

Barisan PPP Jabatan Kecemasan Hospital Kepala Batas

Pada tahun 1936 nama Dressar ditukar kepada Hospital Assistant (Pembantu Rumah Sakit). Pada Tahun 1985, nama berkenaan  ditukar lagi kepada “Medical Assistant (Pembantu Perubatan)”. Tahun 2007, Skim Pembantu Perubatan diletakkan dibawah Skim Perkhidmatan Bersepadu dimana ianya boleh dinaikkan pangkat sehingga gred U54 dan  sekali lagi ditukar kepada Penolong Pegawai Perubatan sejajar dengan transformasi perkhidmatan kesihatan pada masa kini.

Profesion PPP cukup sinomin dengan gender Lelaki.  Bermula tahun 2010 profesion ini dibuka peluang kepada golongan perempuan. Dan kini PPP Perempuan yang juga merupakan Srikandi PPP telah melebarkan sayapnya setanding PPP Lelaki.

Sekarang, Profesion PPP bukan hanya setakat di KKM sahaja malah di  Kementerian Pertahanan (ATM & JLKN), Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Penjara, Kementerian Pendidikan (Politeknik dan Universiti) dan PUSPEN. Manakala dalam sektor swasta, perkhidmatan PPP diperlukan di ladang, kilang, dan offshore juga onshore. PPP di sektor ini kebanyakkannya mempunyai kelayakkan sebagai Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.

Tinggalkan komen anda