Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

3 Tema Utama Karnival 3W

By 3 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan / foto: Badarudin Shuib (Klang)

KLANG, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Karnival Wellness, Welfare, Women (3W) pada kali ini mengangkat tiga tema utama daripada setiap aspek 3W tersebut.

“Di bawah aspek wanita (women), adalah mengangkat tema merayakan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac yang lalu dengan memfokuskan kepada isu pencegahan keganasan dan jenayah terhadap wanita,” kata EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud semasa sidang media semasa Karnival 3W bertempat di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 30 Mac lepas.

Menurut beliau lagi, di bawah aspek kebajikan (welfare) pula adalah mengetengahkan tema Hari Sindrom Down Sedunia pada 21 Mac yang lalu bagi melahirkan rasa empati dalam masyarakat kepada anak-anak istimewa.

“Di bawah aspek kesihatan (wellness) pula adalah untuk mengetengahkan tema Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada 14 Mac lalu untuk memberi kesedaran bahawa penyakit buah pinggang semakin meningkat dalam masyarakat kita pada hari ini,” tambah beliau.

Beliau menyatakan inilah tiga tema utama yang diangkat dari setiap aspek dalam 3W tersebut. Karnival ini telah bermula seawal 8.30 pagi dan telah berlangsungnya pelbagai aktiviti seperti 10,000 langkah sihat, taklimat kesihatan, dan juga pemeriksaan kesihatan secara percuma. Program sebelah malam pula, hadirin disajikan pula dengan persembahan hiburan daripada selebriti tempatan.

-NAZ

Tinggalkan komen anda