Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Pelan Tranformasi Georgetown; Kawasan Mesra Pejalan Kaki

By 3 April 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Safwanah binti Zulkopli (Timur Laut)

Georgetown, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berhasrat mentranformasikan kawasan di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town sebagai kawasan mudah akses oleh pejalan kaki.

Datuk Bandar bagi MBPP, Dato’ Ar. Yew Tung Seang berkata, transformasi tersebut adalah sebahagian daripada Pelan Induk Projek Penarafan Lorong Belakang bagi tempoh lima tahun.

“Dalam tempoh lima tahun ini, MBPP berhasrat untuk menjadikan kawasan di George Town ini sebagai kawasan yang ‘walkable’ (mudah akses untuk pejalan kaki).

“Antara usaha yang dilaksanakan adalah mengubah atau mentranformasikan sembilan kilometer (km) lorong belakang iaitu bersamaan dengan 10 ekar keluasan kawasan hijau dan istirahat.

Teh (kanan sekali) , serta tetamu kehormat tidak ketinggalan membuat bancian pada program berkenaan

Teh (kanan sekali) , serta tetamu kehormat tidak ketinggalan membuat bancian pada program berkenaan

“Usaha ini juga sejajar dengan visi Kerajaan Negeri ke arah manjadikan George Town sebagai kawasan rendah karbon dan hijau,” katanya ketika berucap pada Program Penglibatan Penduduk bagi Cadangan Menaik Taraf Lorong Belakang di Tapak Warisan Dunia George Town (Lebuh Armenian dan Lebuh Gereja) dekat Pusat Belia Lebuh Acheh, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Tung Seang berkata, cadangan menaik taraf lorong belakang dekat Lebuh Armenian dan Lebuh Gereja akan menghakis stigma negatif masyarakat mengenai lorong belakang.

“MBPP mahu menjadikan George Town bukan sahaja tempat untuk didiami tetapi juga penuh keseronokan dan menjadi pusat pembelajaran.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin berkerjasama dengan MBPP bagi menjayakan transformasi lorong belakang di kawasan George Town.

Difahamkan, terdapat tujuh ciri-ciri pengindahan yang diketengahkan untuk pilihan penduduk secara holistik iaitu kemudahan peralatan sukan, tumbuh-tumbuhan, permainan tradisional, taman permainan kanak-kanak, ‘graffiti wall’, teduhan dan aspek keselamatan seperti pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan lampu jalan.

Tinggalkan komen anda