Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

5,482 Keluarga Bakal Terima Bantuan KIDA

By 2 April 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Norulhuda Mohd (Kota Setar)

ALOR SETAR, 2 April (Malaysiaaktif) – Program Kad Bantuan Ibu Darul Aman (KIDA), bakal dilancarkan sebelum sambutan perayaan Aidilfitri tahun iniyang melibatkan lebih 5,482 keluarga miskin di negeri ini.

KIDA merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri di bawah portfolio Pembangunan Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan dan Pembasmian Kemiskinan yang membabitkan kos sebanyak RM30 juta setahun.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada sesi lawatan kerjanya ke Negeri Kedah bulan lalu telah mengumumkan Program KIDA antara tujuh projek utama yang tercatat dalam kalendar ekonomi negeri.

“KIDA sama seperti program MyKasih sebelum ini, namun melalui KIDA ia menggunakan mekanisme baharu melalui kad pintar dan bukannya MyKad lagi bagi memudahkan suri rumah mendapatkan barangan dapur mereka.

“Bilangan kedai runcit serta premis yang akan menerima sistem kad itu juga akan diperluaskan agar memudahkan mereka mendapatkan barangan keperluan pada bila-bila masa tidak kira tempat. Penggunaan kad KIDA akan diperluaskan di kedai-kedai runcit termasuk kawasan pinggir bandar dan kampung,” katanya baru-baru ini.

Kad KIDA bernilai RM250 sebulan untuk digunakan bagi membeli barangan keperluan asas dan RM500 setahun bagi bantuan perubatan. Bayaran sebenar dan selebihnya akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri dibantu oleh Kerajaan Persekutuan.

-SH

 

Tinggalkan komen anda