Skip to main content
Berita TempatanHomeTerengganu

Kemaman Bebas Kes Keracunan Makanan Empat Tahun Berturut-turut

By 2 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin/Syukri Ibrahim

KEMAMAN, 1 April (Malaysiaaktif) – Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman dengan Kerjasama Pejabat Pelajaran dan Majlis Perbandaran Kemaman menjadi perintis pertama tahun ini di Negeri Terengganu melancarkan Kempen Ops Kantin Bersih di daerah Kemaman.

Majlis pelancaran dirasmikan di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, Kemaman oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Kamaruzaman Ahmad.

Mek Lah gembira dan bersyukur menerima anugerah

Mek Lah gembira dan bersyukur menerima anugerah

Kamarudzaman mengucap tahniah kepada daerah Kemaman yang berjaya mencatatkan rekod selama empat tahun berturut-turut sehingga kini kerana tiada sebarang kes keracunan makanan dicatatkan sektiar tahun 2015, 2016, 2017 dan 2018.

“Malahan daripada 66 buah kantin di daerah Kemaman, hasil pemeriksaan pada tahun 2018 didapati lebih daripada separuh kantin daerah Kemaman iaitu 34 buah kantin adalah pada gred A (51.5 peratus) dan baki 32 buah kantin adalah pada gred B (48.5 peratus).

“Ia merupakan pencapaian yang sangat membanggakan dan oleh sebab itu, Kemaman dipilih sebagai projek perintis dan dijadikan model kepada daerah-daerah lain dalam pelancaran projek ini,” ucap Kamarudzaman semasa menyampaikan Anugerah Kantin Terbaik Gred A yang diterima oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail, SK Seri Iman dan SK Ibok.

Program dihadiri hampir 200 guru dan pengusaha kantin dari semua sekolah turut dihadiri Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Abd Rahman Kadir,  Pegawai Kesihatan Epidemiologi Pejabat Kesihatan Kemaman, Dr Khairul Rafizah Hairudin dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, Suhaidi Mohamed Amin.

EM

Tinggalkan komen anda