Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Anugerah Menghargai Usaha Gigih, Tingkatkan Imej Jabatan

By 16 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Unit Foto JaPen Malaysia (Kota Kinabalu)

PUTRAJAYA, 16 Apr (Malaysiaaktif) – Debarannya sudah sampai ke kemuncak, wajah-wajah ceria menghiasi Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 berlangsung dengan meriah sekali pada pagi Selasa.

Majlis yang meraikan seramai 612 orang penerima terdiri daripada warga Kementerian, jabatan dan juga agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKMM) disempurnakan oleh menterinya, Gobind Singh Deo di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Bangga dengan prestasi 25 orang kakitangan Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, pengarahnya, Norzawiyah Bulka mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang telah diberikan kepada jabatan sepanjang 2018.

“Anugerah kecemerlangan ini adalah sebagai penghargaan atas usaha gigih yang dicurahkan untuk meningkatkan imej JaPen.

Norzawiyah(enam dari kiri) bersama Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik,KKMM, Datuk Almain Ajirul(lima dari kiri) bersama sebahagian penerima APC JaPen Sabah.

Norzawiyah (enam dari kiri) bersama Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik, KKMM, Datuk Almain Ajirul (lima dari kiri) bersama sebahagian penerima APC JaPen Sabah.

“Harapan saya agar anugerah ini dapat mencetus semangat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan efektif demi agama, bangsa dan negara,” katanya.

Pada majlis itu juga turut dilancarkan Buku Pelan Strategik KKMM Tahun 2019-2023 di mana pelaksanaanya bagi tempoh lima tahun amat signifikan dalam mencerminkan harapan rakyat untuk membentuk sebuah negara yang bebas rasuah dengan warganya membudayakan ketelusan, akauntabiliti dan integriti.

Menurut Norzawiyah, di bawah Pelan Strategik ini, gerak kerja JaPen adalah untuk meningkatkan dan memperkasakan pemasaran maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat akar umbi.

Katanya juga, ini bertujuan untuk memastikan rakyat faham dan seterusnya menerima dasar-dasar yang digariskan, selain menumpukan dan memperhebatkan program-program berunsurkan kenegaraan demi untuk melahirkan masyarakat yang berjiwa patriotik, penuh dengan jati diri yang tinggi, bersih dan berintegriti.

Azman Jumat ketika menerima sijil daripada Gobind(tengah) sambil diperhatikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Komunikasi Strategik JaPen, Roselindawati Abdul Rahman

Azman Jumat ketika menerima sijil daripada Gobind (tengah) sambil diperhatikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Komunikasi Strategik JaPen, Roselindawati Abdul Rahman

Dalam pada itu, jurufoto kanan, Azman Jumat yang turut menerima anugerah berkata sesungguhnya beliau terharu menjadi salah seorang penerima, untuk kali ke-dua sepanjang 24 tahun bertugas di JaPen Sabah.

“Anugerah yang saya terima sememangnya sebagai pemangkin semangat untuk terus berkarya, menghasilkan foto-foto menarik sebagai penghias artikel untuk artikel Malaysiaaktif dan simpanan JaPen sendiri.

“Untuk menjadi seorang pekerja yang baik, perkara yang utama perlu dipastikan terlebih dahulu ialah kita perlu minat dengan perkara yang kita lakukan kerana ia membantu kita melaksanakan tugas dengan cemerlang.

“Dengan minat, kita akan kurang mengeluh dan kerja dapat diselesaikan dengan mudah, secara tidak langsung, mood persekitaran serta hubungan dengan rakan setugas juga akan sentiasa positif,” katanya.

Penerima APC Japen Sabah merakamkan kenangan bersama Gobind(tengah).

Penerima APC Japen Sabah merakamkan kenangan bersama Gobind(tengah).

Tambahnya juga, dia perlu sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini serta sentiasa mempelajari penggunaan teknologi maklumat masa kini.

“Saya perlu fahami sebaiknya kerana saya bermula dalam bidang ini sejak zaman analog atau filem dan kita dapat lihat proses dalam media fotografi amat pantas berubah dari segi teknologi dan saya tidak mahu ketinggalan.

“Harapan saya semoga dapat menjadikan kerjaya ini seiring dengan hasrat jabatan sebagai penyampai maklumat yang sahih dan menjadikan saya lebih komited dalam menjalankan tugas yang diberikan,” katanya.

Seorang lagi penerima, Hasmawati Karodda berkata untuk menjadi pekerja yang baik ialah dengan tidak berkira dalam melakukan sesuatu tugasan.

“Kita tidak perlu berkira untuk memberi bantuan kepada rakan sekerja walaupun di luar bidang tugas kita kerana ia salah satu cara untuk kita mempelajari sesuatu bidang yang lain pula.

Hasmawati Karodda ketika menerima sijil daripada Gobind

Hasmawati Karodda ketika menerima sijil daripada Gobind

“Dengan melakukan kepelbagaian dalam tugasan dapat melatih kita menjadi mahir dan ia merupakan satu kelebihan sebagai pekerja yang baik kerana pengalaman melakukannya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,” ujar Hasmawati.

Menurutnya juga, menerima anugerah bukanlah kayu pengukur menentukan tahap kecemerlangan seseorang, melainkan sebagai satu motivasi untuk terus menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik dan cemerlang.

“Ada juga pekerja cemerlang yang belum ada rezeki untuk menerima anugerah, namun masih meneruskan kecemerlangannya kerana minat dan suka dengan kerja yang dilakukan.

“Menerima anugerah bukanlah fokus utama, apa yang penting kita sentiasa cemerlang di hati ketua, rakan-rakan dan masyarakat kerana pekerja yang cemerlang akan sentiasa dihargai dan diingati,” katanya lagi.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pengarah JaPen serta pihak pengurusan yang telah mencalonkannya hingga melayakkan beliau sebagai penerima untuk APC kali ini.

EM

Tinggalkan komen anda