Skip to main content
HomeTerengganu

Kerjasama Polis dan Premis Barangan Lusuh Bendung Kecurian

By 16 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim/Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 16 Apr (Malaysiaaktif) – Polis negeri Negeri Terengganu mengambil inisiatif jalin kerjasama dengan premis perniagaan barangan lusuh bagi membendung kes jenayah harta benda melibatkan kes curi besi dan kabel, pertama seumpamanya di negeri ini.

Sebanyak 366 kes jenayah harta benda direkodkan pada tiga bulan pertama tahun ini dan daripada jumlah tersebut 92 kes melibatkan kes curi besi dan kabel manakala 78 kes curi besi dan kabel direkodkan pada tahun lalu oleh polis Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata kes jenayah harta benda yang dilaporkan di negeri pada tiga bulan pertama tahun ini telah menunjukkan peningkatan berbanding pada tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Terengganu melekatkan Papan Tanda Amaran sebagai simbolik perasmian program

Ketua Polis Terengganu melekatkan Papan Tanda Amaran sebagai simbolik perasmian program

“Tujuan kita bekerjasama dengan para peniaga barangan lusuh supaya mereka tidak membeli barangan lusuh yang diragui dan disyaki barang curi. Menerusi inisiatif ini kita akan dapat menghapuskan wujudnya permintaan bagi barang-barang itu.

“Jika tiada permintaan, pencuri besi dan kabel tiada tempat untuk menjual hasil barangan curi mereka sekaligus kita dapat mengelakkan kes kecurian daripada berlaku.

“Serentak dengan jalinan persefahaman yang dibentuk bersama peniaga barangan lusuh, pihak polis akan memasang papan tanda amaran kempen pencegahan itu secara rasmi di premis-premis perniagaan barangan lusuh berlesen di negeri ini,” katanya.

Nik Mohd Faizal menerima sijil penghargaan daripada pihak polis.

Nik Mohd Faizal menerima sijil penghargaan daripada pihak polis.

Persetujuan telah diperolehi daripada pemilik premis perniagaan lusuh dan sebanyak 15 buah premis daripadanya adalah dari Daerah Kemaman.

Jelasnya lagi, pihaknya akan terus menerus membuat risikan untuk kenal pasti bekas banduan dan penagih dadah yang pernah melakukan jenayah harta benda bagi memastikan jenayah itu tidak diulangi lagi.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Papan Tanda Amaran sempena Kempen Pencegahan Kes Kecurian Harta Benda/Memiliki dan Menjual Harta Benda Hasil Aktiviti Jenayah di premis barangan lusuh Kitaran Nadi Sdn Bhd di Bukit Kuang, di sini, semalam.

Aidi dan pegawainya bergambar bersama pemilik premis barangan lusuh.

Aidi dan pegawainya bergambar bersama pemilik premis barangan lusuh.

Turut hadir, pemilik Kitaran Nadi Sdn Bhd, Datuk Nik Mohd Faizal Mohd Nasir, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Terengganu, Superintendan Soffian Santong dan Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim.

EM

Tinggalkan komen anda