Skip to main content
Berita TempatanHomeTerengganu

Terengganu Ke Arah Hab Pelancongan Mesra Muslim

By 16 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Norhafizah Abd Rahim (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 16 Apr (Malaysiaaktif) – Negeri Terengganu sememangnya berpotensi sebagai sebuah destinasi pelancongan Islam atau Mesra Muslim.

Masyarakatnya yang berbilang kaum dan mesra pengunjung serta tempat-tempatnya yang menarik dan bersejarah, setanding dengan destinasi lain mampu menjadikan Terengganu sebagai salah sebuah destinasi pilihan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya, Malaysia, Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, peningkatan bilangan pelancong Islam dan sumbangan yang tinggi terhadap hasil pelancongan secara global telah menjadikan umat Islam sebagai kumpulan sasaran yang berpotensi tinggi untuk pasaran pelancongan.

“Negeri Terengganu berpotensi sebagai sebuah destinasi pelancongan Islam atau Mesra Muslim kerana negeri ini terkenal dengan budaya Melayu-Islam dan pulau serta pantai yang cantik.

“Selain itu, Taman Tamadun Islam (TTI) yang terletak di Pulau Wan Man turut menjadi tarikan pelancong Islam kerana terdapat Masjid Kristal yang menjadi ikon TTI dan 22 monumen senibina Islam seluruh dunia yang memaparkan rekabentuk dan ukiran asal,” katanya.

Datuk Haslina Abdul Hamid menyempurnakan perasmian Symposium On Islamic Tourism 2019

Datuk Haslina Abdul Hamid menyempurnakan perasmian Symposium On Islamic Tourism 2019

“Malaysia sangat konsisten dalam mempromosikan negara sebagai destinasi mesra muslim. Sebagai contoh, Malaysia telah dipilih sebagai destinasi teratas selama lapan tahun berturut-turut oleh badan pengiktirafan kajian pelancongan antarabangsa, CresentRating dan Master Card (GMTI),” ujarnya lagi sebelum merasmikan Majlis Perasmian Symposium on Islamic Tourism 2019 di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu semalam.

Haslina turut merasmikan Islamic Tourism Journal 2019 Volume 1 bersama-sama Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC), Datuk Seri Abdul Khani Daud dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Negeri Terengganu, Ariffin Deraman.

Simposium on Islamic Tourism 2019 merupakan salah satu pelantar dan arena untuk para penyelidik dari golongan akademik dan penggiat industri membentangkan kertas kerja kajian mereka berkaitan pelancongan Islam atau pelancongan mesra-muslim.

Para peserta yang terdiri daripada pembentang daripada institusi dalam dan luar negara.

Para peserta yang terdiri daripada pembentang daripada institusi dalam dan luar negara.

Simposium edisi 2019 ini menyaksikan 13 orang pembentang yang terdiri daripada ahli akademik institut pengajian tinggi tempatan dan Batam Tourism Polytechnic, Indonesia serta penggiat industri pelancongan Malaysia.

EM

Tinggalkan komen anda