
Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Md Rashid Md Ibrahim (Seberang Prai Utara)
KEPALA BATAS, 29 Apr (Malaysiaaktif) – UDA Holding Berhad (UDA Land North Sdn.Bhd.) tidak memikirkan keuntungan semata-mata dalam setiap projek pembangunannya malah turut mementingkan tanggungjawab sosialĀ koporat(CSR ) dalam menyediakan rumah mampu milik kepada masyarakat. Dengan kerjasama dan bantuanĀ dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dapat memiliki rumah idaman dikawasan yang berhampiran pusat bandar.
Perkara itu dibuktikan dengan pembinaan rumah kategoriĀ pangsapuri pertama di Kepala BatasĀ dengan diberikan nama Pangsapuri Sri Serdang. Dengan harga jualan RM42,000 dan seluas 650 kaki persegi, hasrat kerajaan merealisasikan projek Dasar Perumahan Mampu Milik Negara(DPMM) dalam memastikan usaha kerajaanĀ untuk mewujudkan rumah mampu milik yang kondusif akhirnya tercapai untuk membantu masyarakat memiliki seunit kediaman sendiri.
Seramai 67 pemilik rumah telah dijemput sempena majlis penyerahan kunci rumah yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang,YB Dato’Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.Turut bersama hadir dalam majlis ini adalah ADUN Bertam, Khaliq Mehtab, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Farizan Darus, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pembangunan Hartanah UDA Holding Berhad, Noor Azmi Salleh.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pembangunan Hartanah UDA Holding Berhad, Tn Hj Noor Azmi Bin Salleh memberitahu pembinaan ini dilaksanakan pada Mac 2017 dengan nilai pebelanjaan pembangunan kasar projekĀ RM 3.36 juta di atas keluasan tanah 0.4168 hektar. Sebanyak 80 unit rumah telah dibina dan kini 67 unit sahaja yang telah dijual.

Mohammad Nakhaie Bin Md Rashid antara pemilik kediaman semasa majlis simbolik
penyerahan replika kunci rumah Pangsapuri Sri Serdang
Mohammad Nakhaie Bin Md Rashid merupakan salah seorang pemilik kediaman memberitahu berasa gembira dan bertuah kerana akhirnya dapatĀ memiliki kediaman sendiri. “Tambahan pula tidak lama lagi saya akan menamatkan zaman bujang, harga rumah yang berpatutan dan mampu dengan pendapatan saya sebagai Pembantu Am di Jabatan Pengaliran dan Saliran Pulau Pinang, katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.