Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Beaufort Punyai Potensi Besar Pertanian, Pelancongan – Wan Azizah

By 6 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto:Yaacob Hamud /Johnny George Kimlon(Kota Kinabalu)

BEAUFORT, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Daerah Beaufort mempunyai potensi besar dalam sektor pertanian dan pelancongan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, antara tempat-tempat yang menarik boleh dibangunkan industri pelancongan di daerah ini termasuklah Weston Wetland Park, Grama Wetland, Klias Wetland, Starcevich Memorial dan Homestay Kampung Swasa.

Wan Azizah bersalam dengan para pengunjung Festival Beaufort 2019.

Wan Azizah bersalam dengan para pengunjung Festival Beaufort 2019.

Oleh yang demikian, ujarnya, Festival Beaufort boleh dijadikan platfom untuk mengetengahkan keistimewaan daerah berkenaan terutamanya agensi-agensi pelancongan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang unggul di negara ini.

“Festival ini mempunyai objektif utama yang menjadi fokus kerajaan iaitu memberi peluang terutamanya kepada masyarakat tani, peniaga kecil-kecilan serta pengeluar tempatan untuk memasar serta memperkenalkan hasil pertanian, perniagaan serta hasil produk yang diusahakan.

Wan Azizah menerima cenderakenangan daripada Mohd Shaid.

Wan Azizah menerima cenderakenangan daripada Mohd Shaid.

“Selain itu, festival ini juga boleh dijadikan platform untuk masyarakat majmuk di daerah ini untuk berkumpul dan mengeratkan silaturrahim serta semangat persaudaraan dan persefahaman,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Festival Beaufort 2019 di Dataran Bagandang, pada Sabtu.

Persembahan Muzik Tradisinol Azrie Kulingtangan.

Persembahan Muzik Tradisinol Azrie Kulingtangan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew; Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Junz Wong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Nor Azri Zulfakar dan Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Shaid Othman.

EM
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda