Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Enam Projek Loji Air, Empangan, Pembetungan Bakal Diteruskan

By 15 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Asmidar Zainol/Marusin Minuddin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 15 Apr (Malaysiaaktif) – Kerajaan persekutuan bersetuju meneruskan enam projek pembinaan loji, empangan dan pembetungan di Sabah.

Menteri di Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar berkata, sebanyak RM800 juta diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan bagi tujuan berkenaan.

Xavier (kiri) berbual mesra dengan Shafie (kanan).

Xavier (kiri) berbual mesra dengan Shafie (kanan).

“Beberapa projek yang telah ditangguh sebelum ini akan diteruskan di Sabah dan tender pelaksanaan bagi projek-projek loji air serta pembetungan akan dibuka pada tahun ini dengan menggunakan peruntukan yang sudah disediakan oleh kerajaan persekutuan di bawah Rolling Plan 4 (RP4).

“Kita juga akan mengkaji beberapa projek baharu yang telah disenaraikan oleh kerajaan Sabah untuk dibawa balik dan dibincangkan di kementerian sebelum dibawa kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk mendapatkan bajet seterusnya,” ujarnya.

Xavier (kanan) dan Shafie (kiri) semasa ditemubual media selepas kunjungan.

Xavier (kanan) dan Shafie (kiri) semasa ditemubual media selepas kunjungan.

Xavier turut berkata, pihak kementeriannya juga akan melaksanakan kajian bagi pembinaan lima empangan di Papar, Tawau, Kota Belud, Lahad Datu dan Padas.

Menurutnya lagi, sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan bagi melaksanakan pembinaan empangan baharu dan kerja-kerja pembersihan sungai di Kota Belud.

Xavier berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) hari ini.

EM

Tinggalkan komen anda