Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Golongan OKU Ditawar Peluang Kerjaya

By 22 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Mohd Zanizal Zamani (Seberang Perai Utara)

TASEK GELUGOR, 22 Apr (Malaysiaaktif) – Lebih 800 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang menanti golongan pencari kerja sempena Karnival Kerjaya, Kemahiran dan Keusahawanan Insan Istimewa (OKU) 2019 peringkat Negeri Pulau Pinang ini yang diadakan di Taman Sena Jaya, Tasek Gelugor.

Majlis yang dirasmikan oleh YB Dato’ Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Program yang diadakan ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan Insan Istimewa ini dalam bidang pekerjaan, latihan kemahiran dan keusahawanan dalam usaha memperkasakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Selain itu, meningkat kesedaran masyarakat agar hak golongan ini tidak dinafikan.

Ucapan Perasmian Oleh YB Dato' Mahfuz Omar

Ucapan Perasmian Oleh YB Dato’ Mahfuz Omar

Sebanyak 71 peluang pekerjaan disediakan khusus untuk OKU manakala 828 kekosongan jawatan untuk pencari kerja biasa ditawarkan. Mereka yang berkelayakan juga akan terus di temuduga dalam karnival tersebut.

Menurut Muhammad Faizi Abdullah, 31 yang memilih kerjaya sebagai usahawan telah berjaya membuka Kedai Makanan Barat di Padang Cempedak, Tasek Gelugor. Bermula dengan menyewa kedai sehinggalah sekarang ini beliau telah memiliki kedai sendiri. Pelbagai halangan dan rintangan yang ditempuhi beliau sebelum bergelar usahawan yang berjaya.

Muhammad Faizi Abdullah, Usahawan Kedai Makan

Muhammad Faizi Abdullah, Usahawan Kedai Makan

Beliau juga turut menasihati golongan OKU yang berada diluar sana agar tidak mudah putus asa. Tidak kira apa sahaja pekerjaan yang diceburi samada makan gaji mahu pun sebagai usahawan. “Usaha, Doa dan Tawakal” itulah prinsip yang dipegang oleh beliau.

Turut diadakan dalam karnival tersebut pameran berkaitan latihan kemahiran dan usahawan, jualan produk oleh usahawan OKU, ceramah motivasi dan pameran dan khidmat nasihat daripada agensi kerajaan.

Tinggalkan komen anda