Skip to main content
Berita TempatanHomeTerengganu

Gotong Royong Pantai Cipta Rekod Penyertaan Paling Ramai

By 22 April 2019Mei 7th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Tg. Saipulah Tg. Mohamed

TELUK KETAPANG, 22 Apr (Malaysiaaktif) – Program Gotong-Royong ‘Terengganu Go Clean’ cipta rekod apabila 16,390 peserta terlibat dalam program yang diadakan secara serentak di 30 lokasi kawasan pantai Terengganu.

Kejayaan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records selepas diiktiraf sebagai penyertaan teramai secara serentak dalam aktiviti pembersihan pantai.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerima sijil dari 'Malaysia Book of Record'

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerima sijil dari ‘Malaysia Book of Record’

Aktiviti yang tampak memberi keseronokan buat hampir 20 ribu peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar institut pengajian tinggi awam dan ahli badan bukan kerajaan yang bermula 8.30 pagi anjuran kerajaan negeri bersama-sama dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu di mana lokasi tumpuan utama adalah di Pantai Teluk Ketapang.

Majlis penyerahan sijil Malaysia Book of Records berkenaan disempurnakan wakil Malaysia Book of Record kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar baru-baru ini.

Pelajar sekolah yang juga ahli pengakap sedang melakukan aktiviti gotong royong

Pelajar sekolah yang juga ahli pengakap sedang melakukan aktiviti gotong royong

Bagi Kamadila Din, 33, program ini perlu menjadi budaya dan contoh kepada semua pihak agar dapat menerapkan tanggungjawab untuk terus menjaga kebersihan.

“Penyertaan beramai-ramai ini mampu menyedarkan orang awam yang masih tidak mempunyai tahap kesedaran yang tinggi berkenaan kepentingan untuk menjaga kebersihan di kawasan tumpuan orang ramai,” ujarnya.

Peserta Terengganu 'Go Clean' Kamadila Din, 33

Peserta ‘Terengganu Go Clean’, Kamadila Din

Sementara itu bagi Siti Hajar Zakaria, 26, berkata penglibatan semua peringkat umur dalam kempen ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap untuk menjaga kebersihan bermula dari peringkat sekolah lagi.

EM
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda