Skip to main content
Berita TempatanHomeJohor

Jangan ‘Bermain Api’, Tingkatkan Perpaduan Negara

By 26 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Nazirah Ripin (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak “bermain api’  dan disaran terus berganding bahu dalam  memperkasakan perpaduan di negara ini.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Datuk Dr Farid Md Rafik, terdapat segelintir pihak yang suka memainkan api perkauman, sentimen agama dan kenegerian yang boleh mencetus suasana kurang menyenangkan.

“Saya ingin menasihatkan golongan ini terutama golongan muda agar jangan “bermain api” dalam konteks perpaduan yang mampu menghancurkan negara,” katanya.

Ada juga pihak yang menyalahgunakan kemudahan media sosial  apabila tanpa rasa malu dan rasional mengutuk agama dan kaum lain.

Peserta Konvensyen Memperkasakan Agenda Perpaduan Nasional Peringkat Negeri Johor tahun 2019 fokus mendengar pembentangan kertas kerja pada program berkenaan

Peserta Konvensyen Memperkasakan Agenda Perpaduan Nasional Peringkat Negeri Johor tahun 2019 fokus mendengar pembentangan kertas kerja pada program berkenaan

Katanya, masyarakat berbilang kaum perlu bersikap bijaksana dalam menyelesaikan masalah dengan mencari persamaan dan mengecilkan perbezaan.

“Malah, perpaduan nasional di Malaysia perlu dipupuk dengan penuh kesederhanaan kerana ia akan mencerminkan keperibadian nasional yang mampu mendukung jati diri keseluruhannya,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Memperkasakan Agenda Perpaduan Nasional Peringkat Negeri Johor tahun 2019 semalam.

Konvensyen anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional negeri Johor dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertujuan menyediakan juadah perkongsian pengetahuan perpaduan nasional.

Turut hadir pada majlis berkenaan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perpaduan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dr S. Ramakrishnan.

EM

Tinggalkan komen anda