Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Kawal Minda Dengan NLP

By 19 April 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Rose Rasidi (Alor Setar)

SUNGAI PETANI, 19 Apr (Malaysiaaktif) – Kaedah Pengaturcaraan Neuro-Linguistik atau Neuro-Linguistic Programming (NLP) merupakan pendekatan komunikasi, perkembangan peribadi dan psikoterapi yang mempunyai hubungan antara proses neurologi, bahasa dan corak tingkah laku yang dipelajari melalui pengalaman dan boleh diubah untuk mencapai matlamat tertentu dalam kehidupan.

Menurut penceramah NLP Md. Taib Mat, kaedah NLP merupakan satu bentuk sains dan seni kecemerlangan diri yang terbukti keberkesanannya sejak mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1970-an.

“NLP merupakan satu teknologi yang menunjukkan bagaimana manusia berfikir, beremosi dan menzahirkan kelakuannya, dan dengan kaedah-kaedah NLP ini kita dapat berkomunikasi dengan lebih cemerlang.

Peserta diajar berkomunikasi dengan menggunakan kaedah NLP.

Peserta diajar berkomunikasi dengan menggunakan kaedah NLP.

“Neuro iaitu sistem otak dan saraf membolehkan manusia berfungsi, lima deria iaitu lihat (visual), dengar (auditory), rasa (kinestetik), bau (olfactory) dan rasa dengan lidah (gustatory) atau dalam bahasa NLP deria ini dikenali sebagai VAKOG, menerima maklumat dan disalurkan melalui saraf ke otak untuk diproses,” katanya ketika ditemui dalam program Pengaturcaraan Neuro-Linguistik, di Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Utara (INTURA) semalam.

Tambah Md. Taib, NLP boleh merawat masalah seperti fobia, kemurungan, gangguan tisu, penyakit psikosomatik, dan gangguan pembelajaran serta penyakit-penyakit yang lain. NLP turut dipercayai dapat membantu pelajar meningkatkan keupayaan dan keberkesanan belajar supaya mendapat hasil yang lebih baik.

Seorang peserta yang ditemui, Nor Asmawati Abd Mutalib, 45, berkata seminar ini berjaya meningkatkan keyakinan dirinya.

“Baharu hari ini saya memahami apa itu NLP dan mendapat maklumat bagaimana untuk mempraktikkan kaedah NLP dalam kehidupan saya, dan banyak perkara dapat diatasi jika kita berjaya mengawal diri melalui pemikiran yang positif,” ujarnya.

-SH

Tinggalkan komen anda