Skip to main content
HomePutrajaya

5G, Tingkat Daya Saing Ekonomi Imbangi Kesalinghubungan Rakyat

By 19 April 2019Tiada komen4 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: Eparizan Mansor/Rosdin Sabni (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 19 Apr (Malaysiakatif) – Pameran Teknologi mudah alih Generasi kelima (5G) memberi pengalaman kepada rakyat menyaksikan sendiri faedah dinikmati selain dapat meningkatkan daya saing ekonomi negara.

Pameran 5G yang berlangsung  selama empat hari sehingga 21 April ini merangkumi kegunaan praktikal dalam penjagaan kesihatan, media dan hiburan, bandar pintar, automotif, pengilangan, keselamatan awam, pertanian dan pendidikan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo dalam ucapannya menyatakan bahawa Pelancaran dan pameran 5G ini adalah kesinambungan dan manifestasi kejayaan kewujudan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang bermula sejak 23 tahun lalu.

Perdana Menteri dan Menteri KKMM (tengah) menunjuk isyarat 5G selepas menyaksikan 'Autonomus car' di pameran 5G Malaysia

Perdana Menteri dan Menteri KKMM (tengah) menunjuk isyarat 5G selepas menyaksikan ‘Autonomus Car’ di pameran 5G Malaysia

“Kehidupan harian kita pada masa akan datang menjadi lebih mudah dan cekap dengan kesalinghubungan 5G,” katanya.

Sementara itu, Tun Mahathir dalam ucapanya berkata, semasa MSC diperkenalkan, internet baru sahaja berkembang pada masa tersebut.

“Revolusi Industri 4.0 kini  diperkukuhkan sehingga membolehkan industri-industri kita untuk menggunapakai kuasa artificial intelligence, robotik, data raya, realiti maya dan kejuruteraan perisian,” ujar Tun Mahathir.

Muniff ketika ditemui bersama '5G Autonomus Car' di tapak pameran

Muniff ketika ditemui bersama ‘5G Autonomus Car’ di tapak pameran

Terdahulu, Gobind menemani Tun Mahathir menaiki kereta autonomus atau kereta tanpa pemandu yang menggunakan satu teknologi dan kepakaran 5G menggunakan daya deria rasa dan daya connectivity manusia untuk memastikan pemanduan 5G dapat dipastikan keselamatannya.

Kereta 5G tanpa pemandu dibangunkan oleh Ericsson dan Celcom melalui perkongsian dengan eMooVit, sebuah syarikat pemula teknologi tinggi.

Ketua Pegawai Strategi dan Transformasi, Celcom Axiata Berhad, Muniff Kamaruddin berkata walaupun buat masa ini belum ada sebarang perjanjian dibuat tetapi perbincangan masih berjalan bagi meningkatkan kolabrasi antara dua pihak.

Afrizal Abdul Rahim (kiri) dari Firma telekomunikasi multinasional, Ericsoon dan Dr. Hairi Zamzuri (kanan), pengurus besar eMoovit Technology Sdn. Bhd.

Afrizal Abdul Rahim (kiri) dari Firma telekomunikasi multinasional, Ericsoon dan Dr. Hairi Zamzuri (kanan), pengurus besar eMoovit Technology Sdn. Bhd.

“Diharapkan dalam pameran kedua nanti yang dijangkakan berlangsung pada bulan Oktober akan adanya evolusi terhadap konsep yang diperkenalkan oleh eMooVit sendiri seperti penambahbaikkan ekosistem dan seumpamanya,” ujar beliau

Mengulas lanjut, Ketua Penyelidikan Pengguna dan Perindustrian Asia Tenggara Oceania dan india Ericsoon, Afrizal Abdul Rahim berkata, Ericsson sebagai penyumbang terbesar berkaitan 5G  di Malaysia menjalin kerajasama memperkukuh ekosistem sedia ada dengan industri yang berkaitan.

“Ericsson mempamerkan penggunaan 5G di Malaysia hasil perkongsian dengan Celcom selaku rakan kerja strategik.

“Demonstrasi ini memaparkan keupayaan 5G seperti jalur lebar besar dan latensi (kelewatan) ultra rendah yang menggerakkan kes-kes penggunaan baru yang digunakan industri,” kata Afrizal.

'Clinical Research Fellow University Malaya', Dr. Thanaraj Munusamy menunjukkan demo Tele-surgery di tapak pameran.

‘Clinical Research Fellow University Malaya’, Dr. Thanaraj Munusamy melakukan demo tele-surgery di tapak pameran.

Kesalinghubungan 5G memudahkan orang ramai seperti petani, penternak dan nelayan di peringkat lapangan. Sebagai contoh, dapat mengesan kadar kelembapan tanah secara maya seterusnya mampu memaksimumkan hasil selain mampu membantu golongan nelayan membuat tangkapan menggunakan teknik yang lebih cekap.

Dalam penjagaan kesihatan pula misalnya, teknologi 5G juga membolehkan fail pengimejan yang besar seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI) cepat dihantar kepada doktor, yang boleh meningkatkan kedua-dua akses kepada penjagaan dan kualiti penjagaan.

Doktor masih boleh membantu dalam proses diagnosis dan rawatan meski pun tidak hadir bertemu dengan pesakit manakala pesakit yang duduk di kawasan terpencil juga akan dapat menerima penjagaan kesihatan yang berkualiti tanpa perlu berjalan jauh.

Perasmian pameran 5G turut dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr. Aminuddin Hassim, duta-duta asing, wakil-wakil dari syarikat telekomunikasi dan pemain-pemain industri.

EM

 

 

Tinggalkan komen anda