Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Kem Aspirasi Kelab Malaysiaku Pupuk Semangat Patriotisme

By 30 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Juslie Bacle/ Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

KUNDASANG, 30 Apr (Malaysiaaktif) – Kem Aspirasi Kelab Malaysiaku peringkat Negeri Sabah anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sabah memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam diri pelajar.

Pengerusi Lembaga Koko Malaysia merangkap Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin berkata program yang dilaksanakan di Pusat Latihan Belia, Kundasang itu menerapkan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti.

Jonathan (tengah) dan Norzawiyah (dua dari kiri) membaca doa bagi merahmati majlis penutupan.

Jonathan (tengah) dan Norzawiyah (dua dari kiri) membaca doa bagi merahmati majlis penutupan.

“Semangat kenegaraan dan jati diri ini perlu disuburkan kerana kepimpinan negara bergantung pada generasi muda dan para pelajar masa kini memainkan peranan penting dalam mencorak masa depan negara kita.

“Program seumpama ini dilihat antara medium bagi memupuk jati diri yang setia, berani dan sanggup berkorban untuk negara serta memperkasakan semangat perpaduan dalam kalangan peserta tanpa mengira bangsa dan agama.

Norzawiyah (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Jonathan (kanan).

Norzawiyah (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Jonathan (kanan).

“Oleh yang demikian, saya menyeru agar para pelajar bijak menapis maklumat kerana ancaman dari luar pastinya meneroka segala peluang yang terbuka bagi menimbulkan syak wasangka dan memecahbelahkan perpaduan dari dalam terutamanya melalui generasi muda kita,” katanya dalam majlis penutupan kem tersebut, petang Selasa.

Seramai 58 orang pelajar dari empat buah sekolah menengah sekitar daerah Ranau dan Kundasang menyertai Kem Aspirasi Kelab Malaysiaku peringkat Negeri Sabah yang berlangsung selama tiga hari bermula 28 April.

Jonathan (tiga dari kanan) menyampaikan sijil kepada wakil guru para peserta kem (tiga dari kiri).

Jonathan (tiga dari kanan) menyampaikan sijil kepada wakil guru para peserta kem (tiga dari kiri).

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Norzawiyah Bulka berkata penganjuran program berkenaan merupakan perkongsian pintar atau Smart-Partnership bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

“Antara objektif program ini adalah untuk menjadi salah satu saluran komunikasi dalam membentuk minda pelajar melalui pengisian program yang berbentuk ceramah dan gerak kerja latihan dalam kumpulan.

“Kita bukan sahaja melibatkan KPM dan sekolah, tetapi turut menjemput jabatan dan agensi kerajaan yang relevan dengan konsep program. Pada kali ini, kita bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya.

EM

Tinggalkan komen anda