Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Kempen Keselamatan Petroleum Tingkat Kesedaran di Stesen Minyak

By 28 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
Β Laporan/foto: Mohd Rizal Abdul Rahman (Kulim)

KULIM, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama syarikat Shell Malaysia Sdn Bhd mengadakan program Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum Peringkat Negeri Kedah yang bertujuan memberikan kesedaran tentang pentingnya keselamatan kepada pengguna dan pengusaha stesen minyak apabila berada di stesen-stesen minyak.

Menurut menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, isu keselamatan merupakan isu utama yang perlu diterapkan kepada pengguna.

“Antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan pengguna adalah merokok di kawasan stesen minyak, menghidupkan enjin semasa mengisi minyak, menggunakan telefon bimbit dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh mengancam keselamatan pengguna dan juga pengusaha stesen minyak.

Saifudin ketika berucap merasmikan majlis.

Saifudin ketika berucap merasmikan majlis.

“Kesedaran tentang keselamatan ini amat penting dan perlu dijaga sebaiknya agar dapat mengelak daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini,” katanya ketika merasmikan kempen tersebut di Jalan Kilang Lama, di sini semalam.

Saifuddin turut menegaskan dengan adanya kempen kesedaran ini, pengguna akan sentiasa diingatkan agar tidak melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dan pengusaha stesen minyak.

“Kempen kesedaran ini walaupun sudah sekian lama dilaksanakan iaitu sejak tahun 2010 lagi, ianya akan tetap terus dilaksanakan bagi memberi kesedaran serta peringatan kepada pengguna tentang keselamatan dan bencana kepada sesiapa yang cuai ketika berada di stesen minyak,” tambahnya.

Turut hadir, Pengarah Urusan Shell, Shairan Huzani Hussain dan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abdul Aziz.

-SH

Tinggalkan komen anda