Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Kayuhan Ziarah Cakna Raikan Hari Guru

By 28 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Fasharina Kholil/Mohd Zulkifli Harun (Sik)

SIK, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Bagi mengenang jasa guru yang telah mendidik murid dengan penuh dedikasi, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sik mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti kemasyarakatan kepada guru-guru di daerah ini.

Program Kayuhan Ziarah Cakna Hari Guru Peringkat PPD Sik 2019 berlangsung dengan meriahnya apabila disertai hampir 200 orang peserta daripada kalangan guru-guru.

Menurut salah seorang peserta, Mohd Zulkfili Harun, sambutan hari guru kali ini disambut lebih awal memandangkan 16 Mei tahun ini jatuh pada bulan Ramadan.

“Walaupun diadakan lebih awal tetapi sambutannya tetap meriah buat insan bergelar pendidik kerana mereka berpeluang berjumpa mengeratkan hubungan silaturahim.

“Bertepatan dengan tema hari guru tahun ini “Guru Obor Hemah Menyinari Pertiwi”, peredaran zaman dan kecanggihan teknologi tidak pernah mengubah tugas dan tanggungjawab guru dalam mendidik dan membekalkan ilmu kepada para pelajar, maka hargailah mereka sebaiknya,” ujar guru Maktab Mahmud Sik ini.

Ismail (kanan) bertanya khabar semasa berkunjung ke rumah Cikgu Puteh.

Ismail (kanan) bertanya khabar semasa berkunjung ke rumah Cikgu Puteh.

Menurut Zulkifli lagi, kayuhan sejauh 24km ini turut menziarahi mantan guru, iaitu Cikgu Puteh, 106, yang menetap di Kampung Kemelong, di sini.

“Tiada yang lama, tiada yang baharu, pada kesempatan ini peserta kayuhan mengunjungi Cikgu Puteh bagi bertanya khabar selain berkongsi pengalamannya sepanjang bergelar pendidik,” tambahnya.

Peserta kayuhan turut berkesempatan berkunjung ke Masjid Kampung (Kg) Namek bagi menyampaikan sumbangan untuk kegunaan masjid menjelang bulan Ramadan nanti.

Turut sama menyertai kayuhan cakna ini Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Ismail Osman.

-SH

Tinggalkan komen anda