
Laporan/foto: Zuraidah Ahmad/Shahvian Mohd Razali (Kota Kinabalu)
KOTA KINABALU, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Pusat Media Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang terletak di Aras 3 bangunan berkenaan, petang tadi, dikunjungi dua pemimpin.

Yusof (kiri) ketika bersembang dengan jurukamera RTM Sabah, Nurhisyam Ismail (kanan) dan Asmat Oyah (dua dari kiri).
Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai yang juga mantan Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob yang juga Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah.
Kehadiran dua personaliti politik itu dilihat menceriakan suasana serta memberi semangat kepada para pengamal media yang membuat liputan untuk Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Ke-15.
Pusat media yang diselaras Jabatan Penerangan Negeri (JaPen) Sabah itu beroperasi sejak Khamis lalu, dibuka pada 9. 00 pagi hingga selesai persidangan setiap hari.
Selain Japen Sabah, pusat media tersebut juga dikelola bersama pengurusan DUN Sabah dan Jabatan Ketua Menteri sehingga esok.